SIAPA sangka, perkongsian di media sosial bagi bertujuan meraikan kebahagiaan rupa-rupanya boleh membawa implikasi yang tidak terjangkau dek akal.
Di laman Threads, seorang wanita mendedahkan pengalamannya didekati individu lain yang secara berterus-terang menyatakan hasrat untuk bermadu dengannya.
Menerusi perkongsiannya, wanita berkenaan berkata individu terbabit tertarik selepas sering melihat hantaran berkaitan keluarganya, khususnya cara suaminya melayan isteri dan anak-anak.
Ramai berkongsi momen bahagia di laman sosial untuk mengabadikan kenangan dan menghargai pasangan. -Gambar hiasan
"Pernah ada someone datang dekat aku dan beritahu dia nak bermadu.
"Salah satu sebabnya? Dia suka tengok post pasal keluarga aku. Dia suka cara suami melayan aku dan anak-anak.
"Dia mahukan kehidupan seperti itu untuk anak-anaknya dan masa hadapan," tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa didik anak lelaki cari isteri sanggup berpoligami, tak tayang diri di media sosial - “Pilih yang kuat dan reda”
ARTIKEL BERKAITAN: Izin pasangan kahwin dua, tapi tak boleh tengok madu dengan suami... Pernah terserempak, gigil satu badan!
Tersentak dengan permintaan 'luar jangka' individu berkenaan, wanita tersebut berkata dia mengambil keputusan untuk lebih berhati-hati dalam setiap perkongsiannya di media sosial selepas insiden terbabit.
"Ketika itulah aku sedar... media sosial sangat berpengaruh. Orang bukan sekadar melihat, mereka membayangkan. Mereka meletakkan diri mereka dalam kehidupan kita, di tempat kita.
"Jadi wahai wanita, inilah pengajarannya. Berhati-hatilah apabila berkongsi tentang keluarga, terutamanya apabila memuji suami.
Seorang wanita didekati individu lain yang berterus terang menyatakan hasrat untuk bermadu dengannya.
Individu terbabit mengaku tertarik selepas melihat perkongsian wanita itu mengenai kehidupan keluarganya di media sosial.
Individu itu terpesona cara suaminya melayan keluarga dan dia menginginkan kehidupan yang sama.
Insiden itu menyedarkan wanita berkenaan tentang pengaruh besar media sosial.
Netizen bersetuju bahawa tidak semua kebahagiaan wajar dipaparkan secara terbuka.
"Apa yang kelihatan manis dan biasa bagi kita mungkin kelihatan janggal untuk orang lain. Dalam kalangan mereka yang merasa janggal itu, ada juga mata yang memerhati dan menginginkan benda sama," luahnya.
Bukan mahu mempengaruhi atau menghalang orang lain membuat perkongsian di media sosial, sebaliknya wanita tersebut berkata dia sekadar berkongsi agar kisahnya dapat dijadikan teladan bersama.
"Kadang-kadang, orang yang paling tidak kita sangka itulah yang paling teliti memerhati. Lindungi ketenangan diri. Tidak semua kebahagiaan perlu dikongsi," tulisnya lagi.

Sebahagian daripada komen warga maya.
Ruangan komen meriah dengan reaksi bercampur daripada netizen, dengan segelintir daripada mereka bersetuju dengan pandangannya dan berkongsi kisah serupa yang dialami diri sendiri serta kenalan rapat.
"Bukan semuanya baik, ada iri hati dan ada yang berharap untuk gantikan awak, hati-hati.
"Lagi banyak expose, lagi banyak benda tak elok jadi, salah sangka, cemburu, tabarruj... buat tambah dosa je," komen netizen.


