USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan video dia dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang dilihat menyorokkan emas dalam kain hanya sekadar gurauan. Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 39, berkata, dia tidak menyangka perkara itu mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mendakwa dia mahu mencuri emas milik isterinya. “Sebenarnya, saya dan isteri ada barang kemas masing-masing. Untuk content itu dia takut saya curi emas dia, sebab itu dia sorok dalam kain.Aliff tiada niat cetuskan kecaman netizen menerusi video 'content' sorok emas bersama isteri.“Bagi saya apa yang jadi itu hanya kebetulan dan salah faham sahaja,” katanya kepada mStar.Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara perarakan sempena pembukaan Siti Jewels Bangi yang berlangsung di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu.Dalam pada itu, Aliff memberitahu kira-kira 100 individu terlibat dalam perarakan yang dianjurkan bersempena kempen berkenaan dan mengakui impiannya untuk tampil seperti ‘putera raja’ di kawasan tumpuan ramai itu akhirnya tercapai.ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun hasilkan lagu sendiri, Aliff Syukri dedah kos keseluruhan cecah RM1 juta... “Masih ada yang menghina dan mengecilkan saya”ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri kongsi teaser lagu raya, Siti Nurhaliza tersentuhMalah, Aliff tidak kisah sekiranya dirinya menjadi bahan ejekan netizen kerana baginya kejayaan kempen tersebut lebih utama.“Alhamdulillah kempen ini sangat berjaya dan saya sendiri terasa seperti seorang putera raja.“Tadi hampir tiga buah bas dari Shah Alam membawa kira-kira 100 orang penyokong dan pelanggan untuk memeriahkan acara.Aliff ketika berarak sekitar kawasan Bukit Bintang.“Memang panas, tapi ini antara impian saya untuk tampil seperti putera raja di Bukit Bintang dan hari ini impian itu tercapai. Kalau ada yang mengutuk, mungkin itu tanda mereka cemburu,” ujarnya.Kempen tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti antaranya Aprena Manrose, Ammar Haikal, Safwan Nadzri, Aidilia Hilda, Nelysa Norazlan dan Aireena Sofia.Dalam perkembangan lain, Siti Jewels bakal membuka cawangan baharu mereka di Bangi pada Mac depan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!