KEPUTUSAN meninggalkan pekerjaan bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila melibatkan sumber pendapatan utama.
Namun bagi seorang wanita muda ini, dia rela memilih untuk meletakkan jawatan selepas majikannya enggan bertoleransi dalam perkara berkaitan solat.
"Baru sahaja letak jawatan daripada kerja dengan gaji RM4,300 kerana dimarahi bos sebab solat lebih 10 minit.
"Sekarang aku berumur 24 tahun, menganggur dan ada lima anak bulus (kucing) yang perlu dijaga," tulisnya dalam hantaran di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja dakwa 80 peratus staf lelaki tak solat, hari Jumaat sembunyi dalam gudang!
ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah bukan ‘provider’, solat wajib pun tinggal! Janji temu pertama wanita ini serba tak kena, terjumpa lelaki ‘redflag’
Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu, waktu yang dibenarkan untuk kakitangan Islam menunaikan solat adalah terlalu pendek lebih-lebih lagi mereka terpaksa bergilir-gilir menggunakan ruang yang disediakan.
"Sepuluh minit adalah termasuk dengan waktu berjalan dan tunggu lift. Staf lebih 350 orang. Ruang solat lelaki dan perempuan bercampur. Kalau ada lelaki solat, kena tunggu. Tiada surau ya... kami panggil 'tempat solat'.
Wanita perlu menanggalkan solekan sebelum berwuduk. -Gambar hiasan
"Saya kerja dalam industri kecantikan. Syarikat mewajibkan make-up. Yang mana make-up ambil masa nak tanggalkan," tulisnya lagi.
Biarpun terpaksa mengambil tindakan drastik ketika berada di kedudukan selesa, namun wanita tersebut berlapang dada dan menyifatkan apa yang berlaku ada hikmahnya.
Seorang wanita muda nekad berhenti kerja selepas dimarahi majikan kerana ambil masa lebih 10 minit untuk solat.
Ujarnya, tempoh solat terlalu singkat, sedangkan kakitangan terpaksa bergilir menggunakan ruang solat yang terhad.
Dia juga perlu ambil masa untuk menanggalkan solekan.
Walaupun kini menganggur, dia reda dan percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Netizen mendoakan agar dia memperoleh pekerjaan lebih baik.
"Banyak yang liberal di company saya. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan memang dijaga. Mungkin ada hikmah," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan kata semangat buat wanita tersebut dan dalam masa yang sama mendoakan supaya dia memperoleh pekerjaan yang lebih baik dan berkat.
"Umat Islam dibenarkan solat di bawah Akta Kerja 1955 dan tidak sepatutnya dikenakan sebarang penalti.
"Saya doakan sis dikurniakan pekerjaan yang berlipat kali ganda lebih bagus hatta daripada aspek gaji, environment, boss, colleagues, fleksibel waktu solat," demikian antara komen netizen.


