SELEPAS penyanyi Hafiz Suip mengejutkan peminat dengan berita perkahwinannya dengan Fiona Saffiyya, rata-rata netizen mula mencari identiti wanita bertuah itu.Menerusi perkongsian di akaun Threads tulip_impiana, Fiona dipercayai bekerja sebagai ejen insurans berjaya yang sering memenangi anugerah setiap tahun dalam industri tersebut. Malah, pemilik akaun itu menyifatkan Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, beruntung dikurniakan seorang perancang kewangan yang hebat.Hafiz dan Fiona sah bergelar suami isteri pada Jumaat lalu."Netizen mula mencari identiti pencuri hati Hafiz Suip. "Orangnya bukan calang-calang, Fiona seorang top ejen insurans yang setiap tahun memenangi anugerah dalam dunia insurans. "Tahniah Hafiz kerana mendapat isteri yang bijak, seorang perancang kewangan dalam kehidupan. Orang Bidayuh memang cantik dan manis," tulisnya.ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip kembali bergelar suamiARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip imamkan solat jenazah ibu, Ajai terbang ke Sarawak beri penghormatan terakhirPada hantaran berkenaan, individu itu turut berkongsi kejayaan Fiona dalam bidang insurans. Tidak hanya itu, Fiona juga dikatakan pernah mencuba nasib dalam dunia hiburan sebagai penyanyi selepas menyertai program My Starz LG musim kedua.Pada Jumaat, Hafiz Suip kembali sah bergelar suami kepada Fiona dalam majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching. Perkongsian tulip_impiana di akaun Threads miliknya.Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 2016 dan sah bercerai pada Mei tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 6.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!