suria
mStar - Urban.Versatil

Isteri Fizo Omar bengang suami dituduh abaikan tanggungjawab, didakwa tak sediakan nafkah... “Semuanya datang daripada mulut perempuan”

Fazeera nafi dakwaan mengenai Fizo yang didakwa tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

ISTERI kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri Azrai meluahkan rasa kecewa apabila suaminya didakwa gagal menyediakan keperluan secukupnya buat keluarga.

Menurut Fazeera, 29, kebanyakan dakwaan tersebut dilontarkan oleh golongan wanita yang sewenang-wenangnya membuat andaian tanpa mengetahui situasi sebenar rumah tangganya. 

“Jika kalian ingin melibatkan saya seorang, tidak mengapa. Namun jangan sampai menyebut nama suami dan anak-anak saya.

Fazeera tegaskan Fizo tak culas dalam tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

“Ada yang mengatakan suami saya tidak menyediakan keperluan yang mencukupi untuk saya, kononnya saya yang bekerja keras dan melahirkan ramai anak. 

"Tuduhan tersebut benar-benar jahat dan semuanya datang daripada mulut perempuan,” katanya.

Fazeera berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Threads miliknya pada pagi Ahad.

Berkongsi lanjut, Fazeera berkata dia memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci segala pemberian suaminya kerana bimbang dituduh riak selain tidak mahu mengundang perasaan dengki.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh abai anak pertama, Fizo Omar hanya dibenarkan jumpa Maryam empat hari sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sorok jantina bayi, Fizo Omar baru tahu dapat anak lelaki dalam bilik bersalin

Jelasnya, Fizo sudah menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik dan menyediakan segala keperluan dirinya serta anak-anak tanpa gagal.

“Tidak mungkin saya perlu memberitahu satu dunia tentang segala yang suami saya berikan kepada saya. Nanti jika saya ceritakan, akan dikatakan saya riak pula dan menimbulkan ‘ain’.

“Kalaulah benar saya hidup dalam kesusahan, bagaimana mungkin saya mampu melahirkan anak hampir setiap tahun, menyambung pelajaran, melancong, membayar komitmen rumah, kereta dan bil-bil, menanggung keperluan anak-anak serta menyediakan perlindungan insurans yang lengkap untuk mereka? Semua itu dibiayai oleh suami saya.

Kalaulah benar saya hidup dalam kesusahan, bagaimana mungkin saya mampu melahirkan anak hampir setiap tahun.

FAZEERA NAZRI AZRAI

ISTERI FIZO OMAR

“Saya juga tidak bekerja sehingga kini, dengan penuh keyakinan bahawa suami saya sentiasa menyokong dan menjaga saya. Jika saya mempamerkan secara berlebihan segala pemberian suami saya, pasti ada pula yang mengatakan saya menunjuk-nunjuk, riak atau berasa diri paling hebat,” jelasnya.

Dalam pada itu, kata Fazeera dia sentiasa mengingati pesanan suaminya agar menjaga batas perkongsian di media sosial demi mengelakkan timbulnya salah faham dan pandangan negatif.

“Suami saya pernah berpesan agar kami sentiasa merendah diri di media sosial supaya tidak mengundang pandangan dengki dan mengelakkan timbulnya ‘ain’.

Luahan Fazeera di Threads miliknya.

“Oleh itu, saya memilih untuk tidak memaparkan apa yang kami miliki demi menjaga hati dan pandangan orang lain. Namun begitu, tetap juga timbul tuduhan daripada mulut-mulut yang jahat dan tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Untuk rekod, Fazeera dan Fizo mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun disahkan bercerai pada 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai seorang anak perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia sembilan tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain