suria
mStar - Urban.Versatil

Selain tukar di bank, ini cara mudah baiki sendiri duit koyak... Boleh guna tanpa was-was

Kesan koyak sudah hilang dengan menggunakan teknik yang diajar Elvin.

RAMAI yang pernah mengalami situasi duit tidak diterima ketika membeli sesuatu barangan disebabkan terdapat sedikit kesan koyak.

Meskipun hanya kecil, namun kesan koyakan tersebut membuatkan duit kertas seolah-olah tidak laku meskipun bernilai besar.

Nak tukar di bank pula terasa leceh dan membazir masa disebabkan hanya ada sekeping sahaja yang koyak.

Anda yang mempunyai duit koyak boleh mencuba cara dikongsikan Elvin Lim di TikTok miliknya.

Bukan sahaja mudah, cara tersebut juga menjadikan kesan koyakan hampir tidak kelihatan.

Ini bahan dan cara yang dilakukannya.

Letakkan gam pada bahagian koyak terlebih dahulu.

Letakkan gam pada bahagian koyak terlebih dahulu.

Bahan yang diperlukan

1. Gam

2. Kertas kosong

3. Seterika

Cara-caranya

1. Gam dulu pada bahagian duit koyak di kedua-dua bahagian, jangan lupa lapik duit kertas tadi menggunakan kertas kosong.

2. Lipat kertas kosong tadi pada bahagian duit kertas yang telah digam.

3. Kemudian, seterika bahagian gam di kedua-dua belah sehingga kering. Guna kepanasan yang paling rendah.

4. Buka perlahan-lahan kertas tadi dan duit tadi sudah boleh digunakan.

Artikel Lain