LULUH hati seorang bapa apabila anak gadis yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang akhirnya menconteng arang ke muka.Menerusi luahan penuh kecewa di media sosial, lelaki itu berkata perkara yang paling ditakuti akhirnya terjadi apabila anaknya didakwa sudah terlanjur dengan kekasihnya. "Tak tahu kenapa hati ni seolah-olah tahu dia tu bukan lelaki yang baik. Tapi dalam diam, anak saya tetap bercinta dengan dia. Sampai satu masa, kantoi juga dengan saya sendiri.Melakukan hubungan seks sebelum berkahwin adalah berdosa dalam Islam. -Gambar hiasan AI"Sekarang keadaan makin parah apabila sudah kantoi. Hati ayah mana tidak remuk apabila kita sudah jaga dia dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba jadi macam ni," katanya.Tambah si bapa, lebih mengecewakan apabila anaknya tetap mahu meneruskan hubungan dengan lelaki yang merosakkannya walaupun dihalang keras."Anak saya tak boleh terima saya suruh lelaki tu lepaskan dia. Walaupun mereka sudah terlanjur, saya tetap tak boleh terima lelaki tu."Kalau tengok depan-depan memang budak tu nampak seorang yang Islamik. Solat lima waktu tapi perangai macam syaitan," luah si bapa.Luah si bapa lagi, ketika ini fikiran anaknya sudah dirosakkan lelaki berkenaan hingga hubungan mereka semakin dingin dan menjauh.ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki terlanjur dengan kekasih gelap... Tak pernah sentuh bakal isteri, rupanya nak ‘rasmi’ lepas nikahARTIKEL BERKAITAN: Tak nampak 'gatal', siap ikut tabligh... Wanita sukar percaya kekasih disangka alim terlanjur dengan rakan sekerjaMalah, dia tidak dapat membayangkan sekiranya mereka dinikahkan dalam keadaan sebegitu."Saya tetap tak boleh terima lelaki itu walau apa pun terjadi. Tak tahu kenapa. Mungkin saya rasa terlalu kecewa. Apa yang akan terjadi seterusnya?"Anak saya mula jarakkan hubungan dengan saya. Lelaki itu pun sudah macam besar kepala apabila anak saya ikut je semua apa dia cakap. Betul-betul buntu saya dibuatnya," jelasnya lagi.Bapa dilema, anak enggan putuskan hubungan selepas didakwa terlanjur.Dia tidak pernah merestui lelaki berimej islamik itu sejak awal.Tetap menolak lelaki berkenaan sebagai calon menantu.Anak semakin menjauh dan ikut kata kekasih.Netizen nasihat jangan tergesa-gesa nikahkan mereka.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihatkan agar keputusan tidak dibuat terburu-buru."Jangan nikahkan anak dengan pasangan maksiatnya atas alasan mahu lelaki itu bertanggungjawab atau takut tiada lelaki lain yang mahu menerimanya. Tapi boleh jika benar-benar yakin pasangan anak itu sudah bertaubat."Mungkin anak awak risau dengan ayat perempuan baik untuk lelaki yang baik. Jangan putus asa dan jangan sangka apabila diri sudah tercemar, maka hanya layak untuk pasangan maksiat sahaja," demikian antara nasihat netizen.