SETIAP orang mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga dan membina keluarga bahagia.Namun, seorang wanita di aplikasi Thread berkata dia terpaksa melupakan hasrat itu kerana keluarganya yang tidak sama seperti orang lain. Menurut wanita berusia 30 tahun berkenaan, dia bimbang tiada lelaki mampu menerima kehadiran adiknya yang mengalami masalah kesihatan mental.Seseorang itu perlu menerima baik buruk keluarga pasangannya. -Gambar hiasan AI"Sebagai perempuan, saya teringin nak kahwin dan ada keluarga. Tapi jauh di sudut hati, saya risaukan masa depan. Ada ke orang sudi terima keluarga saya?"Kami diuji dengan adik perempuan yang memerlukan perhatian penuh sebab dia kena sentiasa ambil ubat. Dia jadi depression dan skizofrenia akibat dibuli ketika sambung belajar."Dia asyik mengamuk, cakap meraban, menangis. Saya kena jadi penguat sebab saya anak sulung," tulis wanita itu.Wanita kongsi cerita tentang adiknya yang menghidap masalah mental.Wanita itu masih belum berkahwin walaupun kini berusia 30 tahun.Dia bimbang tiada lelaki boleh terima keadaan dalam keluarganya.Pelayar Thread beri kata-kata semangat dan mendoakan wanita itu dipertemukan jodoh yang baik.Ringkasan ini dijana oleh AIDalam hantaran sama, dia berkata keluarganya juga turut mencari ikhtiar lain atau rawatan alternatif untuk mengubati adiknya."Ingat lagi dulu kami bertahun-tahun tak beraya sangat sebab dia mengamuk jumpa orang. Sekarang, Alhamdulillah, dia dah boleh jumpa orang ramai. "Saya tak cerita dekat sesiapa hal ini, tapi ada beberapa kawan-kawan baik yang tahu tentang keadaan adik saya," ceritanya lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Bunyi bising peneman tidur... Wanita kongsi realiti kehidupan pesakit mental, suasana sunyi ‘musuh’ utama depresi!ARTIKEL BERKAITAN: Individu anggap generasi hari ini mengada-ngada! Mak ayah dah sedia semua masih ‘claim’ depresi, sikit-sikit ‘anxiety’Di ruangan komen, pelayar Thread meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar adiknya diberi kesembuhan segera.Malah, mereka turut memberi kata-kata semangat agar wanita itu tidak putus asa dalam mencari pasangan hidup yang mampu menerima keadaan keluarganya."Memang susah apabila ada masalah macam ni. Tapi kamu dah buat yang terbaik, semua keluarga bersatu hati. Itulah penguat yang baik untuk adik kamu."Jangan fikir apa yang orang cakap. Kamu juga layak untuk bahagia."Saya doakan awak dikurniakan jodoh yang baik," tulis netizen.