suria
mStar - Urban.Versatil

Suami cari jalan ‘keluar’, tak sanggup tunggu lebih lama lepas 3 tahun belum dapat zuriat... Terus hantar ‘proposal’ kahwin lain!

Berbincang dengan pasangan untuk setiap keputusan yang ingin dilakukan. -Gambar hiasan AI

DALAM fasa perkahwinan, usaha untuk mendapatkan zuriat atau trying to conceive (TTC) sering menguji tahap kesabaran, empati dan kekuatan hubungan.

Luahan seorang lelaki yang berada dalam kelompok TTC mengundang pelbagai reaksi apabila dia mengakui menyimpan hasrat untuk berkahwin lain selepas tiga tahun menanti cahaya mata.

Menurutnya, ramai kenalan sekeliling memilih jalan berkahwin senyap-senyap apabila isteri mereka tidak mampu mengandung, malah ada yang menunggu sehingga 11 tahun sebelum akhirnya berputus asa.

"Circle (kenalan) aku ramai yang kahwin senyap-senyap sebab isteri mereka tak boleh mengandung. Bukan tak sayang dan cintakan isteri mereka tapi seorang lelaki perlukan pewaris dan zuriat sendiri.

Setiap pasangan berkahwin pastinya mempunyai impian untuk memiliki zuriat. -Gambar hiasan AI

"Tapi aku tak nak buat sekejam tu pada isteri aku. Walaupun aku baru tiga tahun menanti zuriat tapi aku tak sanggup tunggu masa yang lama lagi. Sudah buat ujian kesuburan, memang isteri yang ada masalah.

"Aku dah minta izin dekat isteri nak kahwin lain. Semoga dia berlembut hati dan reda atas keputusan aku nanti," cerita lelaki itu dalam hantaran di Thread.

Perkongsian itu bagaimanapun tidak dipersetujui majoriti netizen yang lebih meletakkan diri mereka di tempat si isteri.

Dalam masa sama ada juga netizen yang mengakui perkongsian tersebut membuatkan mereka lebih bersyukur dengan kesabaran pasangan masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas kakak ipar sedang TTC kerap ‘pinjam’ anak, nak tegur risau kecil hati - “Saya takut berlaku benda buruk”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis terlanjur kongsi gambar perut, kapsyen nak gugur kandungan... Wanita TTC paling ramai mahu selamatkan bayi

"Saya ada di tempat (TTC) isteri tuan. Siapa je tak nak anak, tanyalah pada isteri. Kami nak anak. Kami pun rasa bersalah tak dapat lahirkan anak. Setiap saat sakit dada memikirkan.

"Lepas baca penulisan awak ni, saya jadi bersyukur pada Allah. Saya dan suami pun masih belum dikurniakan zuriat. Walaupun hakikatnya saya yang ada masalah untuk mengandung.

"Saya izinkan suami kahwin lain tapi dia menolak. Dia cakap kita kahwin bukan semata-mata nak anak. Tak ada anak pun rezeki. Kita boleh bercinta macam selama ni kita dah bersama," komen individu berkenaan.

Namun, ada juga lelaki yang tampil mempertahankan pandangan pengadu kerana faham akan tujuan lelaki ini mencari isteri baharu untuk mendapatkan zuriat.

  • Suami luah hasrat kahwin lain selepas tiga tahun TTC.
  • Dia akui masih sayang isteri, tetapi mahu zuriat sendiri.
  • Ada yang anggap tempoh itu terlalu singkat untuk berputus asa.
  • Pasangan lain kongsi pengalaman ambil anak angkat tanpa poligami.
  • Segelintir pihak pertahan alasan zuriat sebagai tujuan perkahwinan.

"Ramai dekat sini salah faham dan ingat masih ada rawatan alternatif. Masa berjalan tanpa henti dan tiba-tiba sudah 10 tahun... sia-sia. Kalau sudah sahih tak boleh hamil jadi kahwin lagi seorang.

"Tujuan kahwin adalah nak dapatkan zuriat, bukan kahwin sebab nak pasangan je. Perempuan mungkin la memang nak teman hidup semati tapi lelaki nak zuriat.

"Lain la sebelum kahwin sudah tahu tak boleh mengandung dan tetap teruskan tapi yang pastinya ramai yang tak akan teruskan perkahwinan," komen individu berkenaan.

Artikel Lain