WANITA Kelantan terkenal dengan minat mereka terhadap emas, malah ramai yang memiliki perhiasan itu sebagai simpanan untuk masa depan.
Di Thread, seorang individu meluahkan rasa kagum melihat kebanyakan wanita memakai perhiasan emas ketika dia berkunjung ke negeri itu.
"Rasa rendah diri sangat kalau pergi kenduri di Kelantan. Emas di tangan mereka besar dooh. Saya takut.

Wanita Kelantan cukup sinonim dengan pemakaian perhiasan emas. -Gambar hiasan
"Bukan seorang atau dua orang, boleh dikatakan hampir semua orang pakai gelang dan cincin emas.
"Emas dekat Kelantan murah ke? Mana tempat beli emas terbaik dekat Kelantan?" tulis wanita itu.
Dalam satu hantaran berasingan, dia turut berkongsi satu lagi kisah ketika berkunjung ke kedai emas di Kelantan.
- Wanita kongsi pengalaman hadir kenduri di negeri Kelantan.
- Dia terkejut lihat ramai wanita pakai perhiasan emas.
- Wanita itu sekali lagi terkejut ketika pergi ke sebuah kedai emas.
- Dia melihat seorang makcik beli emas berharga hampir RM100,000.
"Saya dah sampai (kedai emas). Betul-betul macam beli pisang goreng panas. Seronoknya tengok.
"Saya terkejut makcik sebelah saya bayar cash beli emas, harga lebih kurang RM95,000. Semua pakat salam dengan makcik tu tadi," kongsinya.
Hantaran tular itu turut dihujani pelbagai komen, termasuklah daripada penduduk Kelantan.
ARTIKEL BERKAITAN: "Datang negeri orang, buatlah cara merantau" - Lelaki bidas peniaga cakap Kelantan 'pekat', melenting kalau ditegur
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu mak ‘boikot’ wanita Kelantan, takut tak cium bau syurga kalau kahwin tanpa restu
"Emas tebal tu saiz standard di Kelantan, Untuk jaga air muka depan saudara mara dan jiran. Menjadi kewajipan suami belikan sebagai tanda hargai isteri.
"Emas aset wanita dekat sana. Apa-apa jadi, emas wajib ada. Begitulah pesan orang tua.
"Mereka jenis simpan duit dengan emas. Kita pula banyak simpan dekat bank," tulis netizen.


