suria

Isteri dapat kemudahan WFH, suami ambil kesempatan suruh urus anak di rumah... Tak izin hantar pengasuh, jimat duit!

Mengasuh sambil bekerja dari rumah (WFH) adalah sangat mencabar kerana perlu seimbangkan masa kerja dan anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berasa kecewa apabila disindir suami dan mentuanya gara-gara dia perlu bekerja di pejabat sepenuh masa.

Menurut rakannya, sebelum ini wanita itu bekerja dari rumah (WFH) sambil menjaga anak-anak yang berusia tiga dan dua tahun.

Difahamkan mentuanya turut tinggal bersama mereka dengan wanita tersebut menguruskan sendiri anak-anak tanpa dibantu sesiapa. 

Perselisihan faham antara suami isteri perlu diselesaikan secara harmoni. -Gambar hiasan AIPerselisihan faham antara suami isteri perlu diselesaikan secara harmoni. -Gambar hiasan AI

"Anak tak hantar pengasuh sebab suami dia cakap rugi, lagi pun mentua boleh tolong. Tapi mak mentua dia tak membantu.

"Dia juga sambil buat kerja, sambil masak. Alhamdulillah, dia hebat. Dia buat semua dan kerja pun bagus," kongsi individu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami suruh isteri 'berlakon' pergi kerja setiap kali ibu datang rumah - "Niat nak jaga hati orang tua"

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri 'paksa rela' tolak naik pangkat, lepaskan gaji lumayan demi cari reda suami - "Dia tak bagi, alasannya tak munasabah"

Menurutnya hasil usaha keras rakannya itu, prestasi kerja menjadi cemerlang dan bulan lepas dia dinaikkan pangkat beserta kenaikan gaji.

"Gaji dah sama dengan gaji suami dia. Tapi dia kena masuk pejabat sebab jawatan baru memang dia kena ada selalu dekat pejabat.

"Nak jadikan cerita, suami dia pula kena jaga pasaran antarabangsa jadi memerlukan dia WFH," katanya.

Namun kali ini si suami meminta anak-anak dihantar ke pengasuh walaupun sebelum ini isterinya perlu menguruskan semuanya sendiri.

  • Wanita terasa hati disindir suami dan mentua selepas mula bekerja di pejabat.
  • Sebelum ini dia WFH sambil menjaga dua anak tanpa bantuan.
  • Prestasi cemerlang membawa kepada kenaikan pangkat dan gaji.
  • Suami kini WFH dan mahu anak dihantar ke pengasuh.
  • Netizen menyokong wanita itu dan cadang suami tanggung kos pengasuh.

"Suami dia cakap kawan aku ni penting diri dan menyusahkan dia. Mentua dia pun desak dan sindir-sindir.

"Kawan aku terasa hati dengan suami dan mentua dia. Dia tanya aku, valid ke dia terasa? Aku cakap ya sebab masa WFH dia urus semua," katanya.

Sementara itu, netizen menyarankan agar wanita itu membenarkan sahaja suaminya menghantar kedua-dua anak mereka kepada pengasuh dengan kos ditanggung sepenuhnya lelaki itu.

"Dia nak penting diri sangat kan. Hantar kat pengasuh tapi biar dia yang bayar.

"Dulu bukan main nak berjimat, kata rugi duit. Jadi biar je dia yang bayar," komen netizen.

Artikel Lain