suria

Suami pemandu lori asyik bagi alasan penat, isteri mula salahkan diri sendiri... Rasa tak cantik, badan ‘rosak’ lepas bersalin

Perubahan hormon sering mempengaruhi wanita selepas bersalin. -Gambar hiasan AI

LUAHAN seorang wanita mengenai perubahan fizikal dan emosi selepas melahirkan anak mengundang perhatian netizen.

Lebih menambah rasa sedih apabila dia kesal dan kecewa dengan diri sendiri kerana ia menjadi punca hubungan dengan suami semakin dingin.

"Kenapa badan mesti boleh selepas melahirkan? Baru melahirkan anak nombor dua beberapa bulan lepas.

"Suami makin menjauh, aku muda lagi, umur bawah 23 tahun tapi badan, bahagian bawah, perut, rambut dan kulit rosak... benci," luahnya di Thread.

Wanita lepas bersalin cenderung mengalami perubahan pada tubuh. -Gambar hiasan AI

Wanita lepas bersalin cenderung mengalami perubahan pada tubuh. -Gambar hiasan AI

Situasi yang dialami membuatkan dia turut mempertikaikan kenapa golongan wanita sahaja yang sering diuji dengan pelbagai masalah kesihatan dan penampilan.

Malah katanya, usaha untuk berhias dan berdandan bagi menarik perhatian suaminya dilihat tidak berhasil apabila lelaki itu sentiasa memberi alasan keletihan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Badan dia dah ramai orang sentuh!” - Wanita 2 kali menjanda dianggap ‘low class’, tak layak jadi menantu

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa terhina, suami muda 10 tahun asyik hina fizikal... Bentuk buntut, dada, bau ketiak semua tak tepati 'selera'

"Dah cuba berdandan pun sama, (suami) bagi alasan penat sebab bawa lori, tapi dia tak mahu cari kerja lain apabila disuruh.

"Ingat saya nak jadi semakin tak menarik ke?" tambahnya sayu.

  • Wanita luah kecewa perubahan badan selepas melahirkan anak kedua.
  • Dakwa suami makin menjauh walaupun masih muda bawah 23 tahun.
  • Usaha berhias gagal, suami beri alasan penat bekerja.
  • Akui suami tetap jalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
  • Netizen beri sokongan, kaitkan hormon dan baby blues.

Walau bagaimanapun, wanita ini mengakui suaminya seorang yang baik dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Perkongsiannya itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tampil memberi sokongan moral serta mengingatkan wanita berkenaan agar tidak terlalu negatif demi menjaga emosi diri.

Warga maya berkongsi pengalaman.

Warga maya berkongsi pengalaman.

"Baru melahirkan, boleh jadi baby blues, pendapat saya, kurang-kurangkan tengok telefon dan lebihkan cari kelebihan suami seperti boleh duduk rumah tanpa fikir sewa, bil dan anak-anak selesa.

"Awak perlu belajar untuk sayangi diri sendiri, kena belajar menjaga kesihatan wanita. Awak tak 'rosak' pun sebenarnya, cuma tak tahu caranya.

"Hormon berubah selepas melahirkan anak , suami makin jauh tu tanda suami anda yang bermasalah... dia kahwin sebab nafsu bukan sebab nak ada keluarga," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain