SEORANG wanita meluahkan rasa trauma dan marah selepas mendakwa dia menjadi mangsa gangguan seksual oleh penghantar gas warga Bangladesh.
Lebih membimbangkan apabila kejadian pada waktu pagi itu berlaku ketika dia sedang bersendirian di rumah.
Berkongsi cerita, ujar pengguna Thread ini, kejadian berlaku sekitar pukul 9 pagi selepas suaminya keluar bekerja.

Penghantar gas ini didakwa berkelakuan tidak senonoh.
"Aku memang tak sedap hati, suami buat tempahan dan suruh hantar rumah pukul 9 pagi, dia pergi kerja pukul 8.40 pagi.
"Sementara tunggu sampai, aku bersarapan dulu dan apabila dia (penghantar gas) datang terus aku buka pintu luas-luas sambil tunjuk dapur," ujarnya sambil menyatakan dia kemudian bergerak ke ruangan hadapan.
Bagaimanapun selepas seketika, dia dipanggil untuk memeriksa keadaan api dapur oleh penghantar gas terbabit.
ARTIKEL BERKAITAN: Pukul 2 pagi rider penghantaran pujuk masuk rumah, tak tahan nak kencing! Wanita cemas, biar makanan tergantung depan pintu
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan sekerja wanita suka gesel-gesel badan, acah terlanggar walau tak sempit - “Kita ni jaga batas, sangat tak selesa”
Semasa melakukannya, wanita ini terkejut apabila mendengar bunyi desahan dari arah belakang.
"Dia bunyi ah, ah, ah... apabila aku toleh belakang, rupanya dia tengah pegang kemaluan.
"Aku terkejut dan terus lari ke depan. Kemudian dia masukkan kemaluannya dalam seluar semula sambil cakap... sorry sorry," ujarnya sambil menyatakan dia terus menghempas pintu sejurus lelaki tersebut keluar.
- Wanita dakwa diganggu seksual penghantar tong gas warga Bangladesh.
- Kejadian pagi berlaku ketika dia bersendirian di rumah.
- Dipanggil ke dapur konon periksa api, terdengar bunyi mencurigakan.
- Terkejut lihat lelaki itu pegang kemaluannya, terus lari dan kunci rumah.
- Netizen gesa buat laporan polis, wanita beri amaran supaya lebih berhati-hati.
Tambah pengadu, ketakutan yang dialami membuatkan dia terus menghubungi suami yang sudah berada di tempat kerja.
Pada masa sama pengadu meluahkan rasa hairan dengan kelakuan penghantar gas berkenaan kerana ketika kejadian dia mengenakan pakaian sopan.
"Aku bertudung tau, bukan telanjang. Kau nak tegang kenapa?" katanya dengan penuh rasa marah.
Justeru dia memberi amaran kepada orang ramai khususnya golongan wanita supaya lebih berhati-hati dan tidak menerima perkhidmatan penghantaran daripada individu yang tidak dikenali.

Warga maya memberi nasihat masing-masing.
Perkongsiannya itu mencetuskan kemarahan netizen yang menggesa mangsa membuat laporan polis selain menasihatkan supaya sentiasa ditemani ahli keluarga ketika menerima penghantaran di rumah.
"Pastikan buat laporan polis ya dik, jangan biarkan puak-puak ni terlepas dengan cubaan dajal dia tu.
"Masa kecil saya pernah tengok drama orang hantar gas rogol tuan rumah lepas tu dia hentak kepala dengan tong gas tu, sampai sekarang rasa trauma.
"Takutnya, mujur dia tak buat apa-apa pada awak, memang mereka akan hantar lepas suami dah pergi kerja," demikian reaksi netizen.


