Mentua sewajarnya menjaga kebajikan menantu serta cucu-cucu selepas anak meninggal dunia, bukan menuntut harta semata-mata. -Gambar hiasan AI
KEHILANGAN pasangan hidup bukan hanya mengundang derita emosi, malah turut membawa cabaran baharu yang tidak dijangka, antaranya berkaitan harta peninggalan arwah.Di laman Thread, tular perkongsian seorang isteri yang diuji dengan situasi tersebut apabila motosikal peninggalan arwah suaminya tiba-tiba menjadi perbincangan keluarga mentua. Menurut wanita itu, dia menerima mesej daripada mentua yang mahu memfaraidkan kenderaan berkenaan memandangkan ia didaftarkan atas nama arwah suaminya.ARTIKEL BERKAITAN: Lepas suami meninggal, keluarga mentua minta faraid bahagian kereta milik menantu... Bagi alasan arwah bayar depositARTIKEL BERKAITAN: Balu kematian suami meraung bincang hal faraid... Sikap mentua, ipar duai makin terserlah - “Semoga Allah gandakan rezeki kalian”"Motor arwah dah elok repair. Motor atas nama abang long (arwah). Nak kena faraid tu. Lagipun M**** (isteri arwah) tak ada lesen," demikian mesej yang dikirim mentua kepada dirinya.Wanita itu berkata, dia sedih kerana motosikal berkenaan satu-satunya peninggalan arwah suami yang masih boleh digunakan untuk bekerja demi kelangsungan hidup.Isu perebutan harta pusaka pasti akan timbul selepas berlakunya kematian seseorang. -Gambar hiasan"Lama pendam. Macam ni rupanya nasib bila suami dah tak ada," luahnya. Lebih menyedihkan, dakwanya, tiada seorang pun daripada keluarga mentua bertanya khabar atau menghulur bantuan sehingga dia terpaksa meminjam wang untuk merawat salah seorang anaknya yang jatuh sakit."Beberapa hari lepas anak demam sampai kena meminjam. Sikit tak ada tanya makan minum anak. Nasiblah ada yang bantu pos selain mengharap gaji dengan jualan," kongsinya.Seorang wanita diuji hebat selepas kehilangan suami dan berdepan isu harta peninggalan.Motosikal arwah suami menjadi perbincangan keluarga mentua untuk difaraidkan.Kenderaan itu satu-satunya pengangkutan yang ada untuk dia bekerja menyara anak-anak.Dia mendakwa mentua tidak bertanya khabar atau menghulur bantuan ketika mereka anak beranak susah.Netizen bersimpati dan mempersoalkan sikap mentua terhadap balu serta anak-anak.Ringkasan ini dijana oleh AINamun di sebalik tekanan dan rasa terasing selepas ketiadaan suami, dia bersyukur kerana mempunyai pekerjaan tetap untuk menyara dua zuriat bersama arwah suami.Luahan wanita tersebut mengundang sebak warga maya dengan rata-rata mendoakan agar dia terus tabah demi membesarkan anak-anak."Masalahnya tak boleh ke sebulat suara bagi je motor tu dekat balu? Benda common sense."Nak faraid tapi dah balu pun tak ada kereta dan motor nak cari nafkah. Sudahlah tak tolong kalau susah. Mana kemanusiaan anda."Bab faraid laju je tuntut itu ini, bab nafkah buat tak tahu je," antara komen netizen.