MENJADI seorang ibu bukan satu tugasan mudah apabila perlu menguruskan keperluan diri dan keluarga.
Namun, ada kalanya kesabaran seorang ibu turut teruji lebih-lebih lagi apabila badan dan minda sudah terlalu penat.
Demikian luahan seorang wanita yang mengalami burnout (letih keterlaluan) sehingga bertindak seolah-olah memprotes ketika berbuka puasa.
Rasa penat biasa dialami oleh para suri rumah. -Gambar hiasan
Menerusi satu perkongsian di media sosial, pengadu mengaku terlalu penat dan stres sehingga terpaksa meninggalkan hidangan berbuka puasa dan mengasingkan diri dalam bilik.
"Tengah buka puasa, anak-anak buat perangai. Terus saya angkat pinggan yang baru semulut nasi saya jamah, bawa ke dapur dan masuk bilik.
"Minta maaf dekat suami sebab saya rasa stres sangat dengan anak-anak yang menguji kesabaran.
ARTIKEL BERKAITAN: Hati anak hancur berkecai! Ibu buka hadiah ‘birthday’ tanpa izin, kantoi beli untuk diri sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Kerap gaduh dengan mak, anak derhaka kini menyesal! Ada sesuatu jentik hati lepas keluar rumah
"Saya suruh suami makan dengan anak-anak saja," ujarnya dalam hantaran berkenaan.
Menurutnya, dia sudah cuba menahan diri sepanjang hari tetapi tekanan yang dirasai akhirnya membuatkan dia meninggikan suara terhadap anak-anaknya.
Rasa bersalah itu membuatkan wanita itu tertanya-tanya, adakah dia sudah gagal sebagai seorang ibu.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai, terutamanya golongan ibu yang turut memahami situasi dialami wanita tersebut.
Rata-rata netizen menegaskan bahawa perasaan burnout dalam menguruskan anak-anak adalah perkara biasa dan bukan bermaksud seseorang itu gagal sebagai ibu.
Kadang kita stres sebab lapar. Jadi, sebelum fikirkan anak-anak, fikirkan diri sendiri dulu.
NETIZEN
"Tidak... awak tak gagal. Kadang-kadang kita akan rasa burnout. Saya pun pernah alami perkara sama, sampai terpaksa masuk bilik beberapa jam untuk bertenang.
"Jangan rasa down... Semua ibu akan ada waktu di mana kita rasa terlalu letih. Tarik nafas, ambil masa untuk diri sendiri. Kalau nak menangis, menangislah. Itu semua normal," komen beberapa netizen.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang berkongsi tip bagaimana untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang.
Komen netizen di media sosial.
Antara yang boleh dilakukan adalah dengan memastikan si ibu itu sendiri berada dalam keadaan baik terlebih dahulu sebelum menguruskan anak-anak.
"Kadang kita stres sebab lapar. Jadi, sebelum fikirkan anak-anak, fikirkan diri sendiri dulu.
"Kalau mereka tak mahu makan, jangan paksa. Kenyangkan diri dulu supaya ada tenaga nak layan mereka. Kalau kita sakit, siapa yang akan jaga anak-anak nanti?" komen seorang netizen lagi.