Ketika menjalani ujian memandu, setiap calon perlu mematuhi arahan diberikan pegawai JPJ. -Gambar hiasan AI
KENANGAN pahit ketika mengambil ujian memandu masih segar dalam ingatan pemuda ini apabila dia mendakwa sengaja digagalkan hanya kerana mempertikaikan keadaan laluan jalan yang digunakan.Berkongsi peristiwa yang berlaku, ujarnya, ujian memandu ketika itu dilakukan bersama seorang pegawai wanita dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). "Masa tu garisan di selekoh terakhir jalan dah tak nampak dan aku susur awal ke kiri untuk masuk simpang."Sekali JPJ tu cakap awak dah masuk laluan kecemasan ni, macam ni saya gagalkan awak.Ujian memandu pasti membuatkan setiap calon berdebar. -Gambar hiasan AI"Aku pun tanya cik nampak tak line tadi? dan dia jawab dah tak nampak tapi jalan ni saya hafal," luahnya di Thread.Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pegawai tersebut, dia sekali lagi bertanya untuk mendapatkan kepastian sama ada dirinya bersalah atau pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).Pada tanggapannya, jalan yang tidak diselenggara dengan baik sehingga menyebabkan pemandu keliru adalah kesalahan di pihak JKR."Aku tanya lagi, sekarang ni salah saya atau salah JKR? Dia jawab salah aku sebab tak tahu jalan tu.Pemuda dakwa gagal ujian memandu sebab garisan jalan tak nampak.JPJ wanita anggap dia masuk laluan kecemasan.Dia pertikai, siap sentuh isu salah JKR atau JPJ.Ujian kali kedua dengan JPJ lelaki, terus berjalan lancar.Pegawai terhibur, calon akhirnya lulus dengan bergaya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Aku pun dengan panas hati terus jawab JKR dan JPJ sama bodoh... terus aku gagal dengan teruknya," ceritanya lagi.Imbau pengadu lagi, nasibnya berubah ketika ujian seterusnya apabila diuji oleh pegawai lelaki."Masa tu hari Jumaat, turn aku dalam pukul 11 lebih. Lepas masuk kereta, JPJ tanya aku dah tahu kan nak buat apa? Tak payah adjust lebih-lebih, pakai seatbelt gerak. "Sampai lampu isyarat pertama, dia suruh aku buat pusingan U dan bawa seperti biasa," tambahnya.Malah pegawai JPJ berkenaan juga berasa hairan mengapa dirinya gagal dalam ujian pertama selepas melihat dia dapat memandu dengan baik.ARTIKEL BERKAITAN: Anak gagal dapat lesen, bapa kata ujian titi sempit ‘bodoh’! Tak pernah lalu walau dah 30 tahun tunggang motosikalARTIKEL BERKAITAN: Jurulatih sekolah memandu hamun remaja perempuan, panggil bodoh tak pandai bawa kereta - “Cikgu di sebelah buka TikTok live”Bukan itu sahaja, pegawai tersebut turut mentertawakan dirinya selepas dimaklumkan tentang punca kegagalan ujian pertama."Kau pandu elok je ni macam mana boleh failed first test? Siapa yang gagalkan kau? "Aku jawab JPJ perempuan bang. Dia bantai gelak, lepas tu dia kata kau lulus dah ni, jom balik aku lapar," katanya sambil menyatakan kali ini dia lulus dengan bergaya.Perkongsiannya itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata terhibur, malah ada yang turut berkongsi pengalaman hampir sama ketika mengambil ujian memandu.