SEORANG gadis meluahkan rasa buntu apabila dipaksa melakukan pinjaman peribadi semata-mata untuk membesarkan ruang di kediaman ibunya.Menurut gadis itu, pinjaman tersebut akan dibuat menerusi gabungan nama bersama ibunya bagi memudahkan kelulusan dan kelayakan amaun yang diingini. "Macam mana nak tolak permintaan ibu saya secara baik? Mak suruh saya buat personal loan untuk besarkan ruang rumah."Dia minta saya gabungkan gaji dengan dia," luahnya di Thread.Anak merupakan harapan ibu bapa di usia tua. -Gambar hiasan AIEnggan terjerat dalam bebanan hutang, gadis ini mengakui dirinya sentiasa menjadi 'kambing hitam' yang menyelesaikan setiap pinjaman kewangan ibunya."Saya tak nak sebab dia selalu hutang barang apa-apa dekat kedai, dia bayar separuh je... sebulan dua. "Kemudian sampai ke sudah saya yang kena bayar sampai habis. Penatlah!" luahnya yang kecewa dengan tabiat berhutang ibu.Lebih menambah rasa sedih apabila fokus untuk membebaskan diri daripada bebanan hutang seolah-olah sukar dilakukan kerana ibunya memberikan reaksi negatif apabila hasrat tersebut ditolak.Gadis buntu dipaksa buat pinjaman peribadi untuk besarkan rumah ibu.Diminta gabung gaji dengan ibu untuk mudahkan kelulusan loan.Dakwa sering jadi ‘kambing hitam’ langsai hutang ibu sebelum ini.Mahu bebas hutang, cuma mahu tanggung komitmen kereta.Netizen sokong, nasihat utamakan diri dan jangan kongsi hal gaji.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya nak bebas berhutang. Cukuplah dengan komitmen kereta sahaja buat masa sekarang."Tapi baru je cakap tak nak, dia (ibu) dah bermasam muka," katanya yang kesal dengan sikap ibu yang kurang memahami.Menjengah ke ruangan komen, warga maya memberi kata-kata sokongan dan mencadangkan langkah yang boleh dilakukan bagi menolak permintaan ibu dengan cara baik.ARTIKEL BERKAITAN: Anak kena temberang! Mak ayah rayu buat ‘personal loan’ nak langsai hutang, rupanya mahu biaya kenduri adikARTIKEL BERKAITAN: Culas bayar pinjaman, pemuda anggap mak ayah khianat anak sendiri... Tak pasal-pasal kena tanggung hutang 30K!"Biar dia masam muka daripada awak tanggung hutang, abaikan sebab awak bukan skim persaraan dia."Diamkan je, nanti semuanya baik seperti sedia kala dan cakap yang awak sedang usaha untuk kumpulkan duit."Dah tua-tua ni tak perlulah nak besarkan rumah lagi. Nanti hujung-hujung tinggal sendirian je di rumah."Lepas ini tak perlu cerita bab gaji atau duit dengan ibu," demikian antara reaksi netizen.