SUDAH berkali-kali kecewa dengan sikap ibu bapa, namun kali ini hati seorang wanita benar-benar hancur apabila mendapat tahu dirinya ditipu demi melangsungkan majlis perkahwinan adik lelaki.
Wanita berkenaan mendedahkan, ibu bapanya meminta dia membuat pinjaman peribadi atas alasan untuk melangsaikan hutang keluarga.
Namun, selepas pinjaman lulus barulah dia tahu tujuan sebenar mereka adalah untuk membiayai majlis bertandang adiknya.
"Katanya personal loan yang aku buat tu untuk langsaikan hutang. Rupanya hutang (mak ayah) yang dikatakan tu bukan wujud pun.

Setiap anak pasti mempunyai cara sendiri untuk membalas jasa ibu bapa. -Gambar hiasan AI
"Mereka cuma nak gunakan untuk buat majlis bertandang adik lelaki aku. Kali ni bukan sikit rasa kecewa aku sebab ayah sendiri yang datang merayu nak minta tolong.
"Aku sangka betullah. Rupanya, Allahurabbi. Ikut kata ayah, dia akan bayar secara bulanan pada aku tapi itu selepas tolak gaji aku ye," jelasnya.
Dia menambah, bapanya memberi jaminan bahawa duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dikeluarkan untuk membayar semula pinjaman tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Culas bayar pinjaman, pemuda anggap mak ayah khianat anak sendiri... Tak pasal-pasal kena tanggung hutang 30K!
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis anak sulung nak lari rumah, sakit mental layan mak ayah pemboros... Ugut ‘tak cium bau syurga’ jika enggan buat ‘loan’ bank
Namun, jauh di sudut hati, dia mengakui sukar untuk reda selepas ditipu demi kesenangan adiknya.
"Aku tawar hati dengan mak ayah aku. Ayah cakap duit KWSP dia. Dia keluarkan untuk bayar balik. Aku harap betullah apa yang dia katakan.
"Jujur aku masih tak reda. Mereka tipu aku demi nak senangkan adik aku. Buatkan majlis dia. Aku sendiri tak kahwin.
"Tak terfikir pun nak guna pinjaman untuk majlis satu hari tu je. Tapi tidak untuk mereka rupanya," luah pengadu lagi.
- Wanita kecewa ditipu ibu bapa sendiri yang guna wang pinjaman peribadi untuk buat majlis kahwin adik.
- Dia diminta buat pinjaman kononnya untuk langsaikan hutang keluarga.
- Terbongkar wang itu digunakan bagi majlis bertandang adik lelaki.
- Ayah janji akan bayar semula guna duit KWSP, tapi wanita itu tawar hati dan belum reda.
- Netizen nasihat supaya lebih berhati-hati urus hal kewangan keluarga.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan sokongan dan menasihatkannya agar lebih berhati-hati apabila melibatkan soal kewangan keluarga.
"Dia yang nak kahwin, kau pula yang kena tanggung. Tak payah. Banyak lagi kegunaan untuk masa depan.
"Kalau aku, memang tak yakin untuk bapa kau ganti balik duit bulan-bulan. Jadi fikir masak-masak untuk kemudian hari.
"Sebenarnya, kalau nak kahwin tapi belum cukup duit, itu menandakan kau belum bersedia. Tapi tak apalah. Harap mak ayah umur panjang sampai KWSP keluar. Kalau tak pasti, mesti awak yang kena tanggung," komen beberapa netizen.


