suria

“Lain kali telefon petang baru saya angkat” - Staf ‘ajar’ bos etika kerja, geram dipersoal tak jawab panggilan pukul 4 pagi

Diganggu majikan luar waktu kerja memberi tekanan kepada pekerja. -Gambar hiasan AI

SEORANG pekerja meluahkan rasa penat kerana terpaksa berdepan dengan kerenah majikannya yang sering membuat panggilan pada waktu tidak sepatutnya termasuk seawal 4 pukul pagi.

Menurut lelaki itu, majikannya mempunyai tabiat tidak tidur malam dan sering aktif berfikir pada lewat malam hingga kerap mengganggu staf di luar waktu kerja.

Lebih memeningkan para pekerja, majikan tersebut turut memberi amaran agar setiap staf menjawab setiap panggilan daripadanya tanpa mengira waktu.

Bekerja tanpa bayaran lebih masa menyalahi undang-undang. -Gambar hiasan AIBekerja tanpa bayaran lebih masa menyalahi undang-undang. -Gambar hiasan AI

“Hari tu masa meeting, dia dah cakap memang ramai staf tak angkat call dia. Tadi tiba-tiba dia mesej aku tanya kenapa tak jawab panggilan.

"Apa kejadahnya telefon pukul 4 pagi? Dia jenis tak tidur malam sebab tu telefon pukul 4 pagi," luah pekerja tersebut di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menang saman bekas majikan, terima pampasan lebih RM12,000 selepas dipaksa kerja lebih masa

ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia pemandu ekskavator kahwin dua hampir pecah, resit transaksi duit gaji jadi punca! Isteri pertama terus mesej majikan

Pekerja tersebut turut berkongsi mesej perbualannya dengan majikan di WhatsApp, di mana ia turut terpapar panggilan tidak dijawab sebanyak dua kali pada pukul 4.22 pagi.

"Kenapa saya call awak tak angkat? Tak kisah pukul berapa, kalau saya call maknanya ada benda penting,” soal majikan berkenaan.

Next time, try call 4 petang bos. InshaAllah saya angkat,” balas staf tersebut.

Selain isu panggilan awal pagi, pekerja berkenaan turut mendedahkan beberapa sikap pelik majikannya kerana sering membuat keputusan yang disifatkan tidak logik.

Antaranya, majikan berkenaan didakwa pernah mengarahkan jabatan sumber manusia (HR) membuat pengumuman untuk menghadkan penggunaan plastik sampah hanya kerana pelatih industri menukar plastik sebelum tong sampah penuh.

  • Staf penat bos kerap call jam 4 pagi.
  • Bos arah jawab call tanpa kira waktu.
  • Arah berjimat plastik & tuduh curi kopi.
  • Staf masih kerja sebab jaga ibu bapa.
  • Netizen: Macam kerja 24 jam tanpa rehat.

Lebih mencuit hati, majikan itu juga dikatakan menuduh staf mencuri kopi segera selepas stok minuman itu habis dalam masa seminggu, walaupun ia dikongsi lebih 30 orang pekerja.

Walaupun ramai menyarankan supaya pengadu berhenti kerja, individu berkenaan mengakui sukar berbuat demikian kerana faktor keluarga dan keadaan tempat tinggal.

“Saya tinggal di pekan kecil, susah nak dapat kerja baru. Lagi pun kena jaga mak dan ayah serta bawa mereka ke hospital. Tempat kerja sekarang benarkan cuti, cuma tolak gaji,” jelasnya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian tersebut mengundang rasa terkejut dalam kalangan netizen yang mendakwa kakitangan di syarikat lelaki itu bagaikan dipaksa bekerja 24 jam sehari tanpa rehat.

Malah, ada yang mendakwa ramai juga majikan bersikap sedemikian dengan mengganggu pekerja di luar waktu bekerja.

"Gila bos macam ni. Bos kau ni sama macam bos aku dulu... malas aku nak layan.

"Sama macam bekas bos aku. Kami pekerja tak dibenarkan tidur selagi dia tak tidur. Pukul 5 pagi masih lagi bekerja suruh perah otak bagi idea.

"Aduhai teringat bos lama. Mak aku gelar dia regimen kuku besi. Terlalu banyak sangat benda buruk," katanya.

Artikel Lain