KISAH curang yang sering dipaparkan di media sosial membuatkan seorang wanita tampil berani mendedahkan imej lelaki berstatus suami orang yang didakwa cuba mendekatinya.
Baginya, dengan cara itu dia dapat membantu isteri kepada lelaki terbabit mengetahui kecurangan yang berlaku.
Namun wanita itu hairan mengapa dia dikecam ramai walaupun niatnya mahu membongkar kisah kecurangan lelaki.

Ramai wanita makan hati dicurangi suami sendiri. -Gambar hiasan AI
"Kenapa ramai marah apabila aku post gambar suami orang yang curangi isteri dia di Tinder (aplikasi janji temu)?
"Kenapa rasa aku jahat? Kenapa bukan lelaki tu yang jahat sedangkan dia jahat pada isteri dan anak dia," ujarnya di Thread.
Malah katanya, lelaki tersebut juga tidak menghormatinya sebagai perempuan selepas berhubung menerusi aplikasi tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami check in dengan skandal, isteri salahkan diri sendiri! Menyesal 'tayang' kebaikan, kesempurnaan di media sosial
ARTIKEL BERKAITAN: Kerap jadi saksi di mahkamah, penyiasat upahan dedah kes kaum Hawa curang lebih banyak! Peguam syarie pun terkejut
"Tak ada lagi yang aku jumpa, suami orang yang chat budiman, beriman, beramal, soleh melainkan nak 'bersama' je.
"Aku faham ramai yang kesian pada isteri dia, mungkin malu apabila nampak gambar suami dia.
- Wanita dedah suami orang curang yang hubungi dia di Tinder.
- Tujuannya untuk bantu isteri lelaki itu tahu kecurangan berlaku.
- Dia dikecam ramai kerana dianggap memalukan pasangan terbabit.
- Lelaki itu tidak hormat wanita, hanya cari hubungan tidak wajar.
- Netizen majoriti sokong tindakan wanita, anggap ia peringatan awal kepada isteri.
"Tapi aku lagi kesian dekat isteri dia sebab dibodohkan suami," tambahnya mempertahankan tindakan yang dilakukan.
Persoalannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya menyokong tindakan yang dilakukan.

Warga maya menyokong tindakannya.
"Awak buat perkara yang betul sis, aku pun nak tahu kalau laki aku curang.
"Kita perlukan ramai wanita macam awak, aku pun harap ada yang bagi peringatan awal sebelum aku tahu sendiri.
"Aku akan post je sebelum isteri dia salahkan aku, kang dituduh mengangkang walaupun tak berjumpa.
"Dedah je sis, kenapa kita pula nak malu? Sepatutnya lelaki itulah yang malu sebab lebih kurang kes saya," demikian reaksi netizen.


