suria

Staf hospital dilapor ke SISPAA lepas tegur waris pesakit merokok... Bukti CCTV tak cukup, perlu jawab surat tunjuk sebab

SISPAA merupakan platform rasmi kerajaan bagi menyalurkan aduan, cadangan dan maklum balas. -Gambar hiasan AI

PANTANG ada situasi atau insiden yang tidak memuaskan hati, pasti nama kakitangan kerajaan akan dilaporkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Tambahan pula, masyarakat masa kini semakin celik dengan platform rasmi kerajaan yang diwujudkan untuk menyalurkan aduan, pandangan atau maklum balas berkaitan perkhidmatan sektor awam.

Namun malangnya, terdapat individu yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakan sistem berkenaan demi kepuasan diri seperti dialami pegawai perubatan ini.

Merokok di premis kerajaan adalah satu kesalahan. -Gambar hiasan AI

Merokok di premis kerajaan adalah satu kesalahan. -Gambar hiasan AI

Berkongsi cerita, dia mendakwa menjadi 'mangsa' SISPAA selepas memberi teguran kepada seorang waris pesakit yang merokok di kawasan larangan.

"Aku pernah tegur waris pesakit yang datang hospital sebab merokok belakang parkir ambulans.

"Selepas dua minggu, aku dapat SISPAA sebab teguran menggunakan kata-kata kasar," ujar lelaki ini di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua sanggup ‘panjat’ pejabat kerajaan semata-mata nak semak gaji menantu... Paksa suruh mohon STR!

ARTIKEL BERKAITAN: Guru letak 18 foto murid tak siap kerja sekolah dalam grup WhatsApp! Mak ayah 'sentap' terus lapor SisPAA, anggap jatuh maruah anak

Meskipun terkejut dengan tindakan tersebut namun perkara yang paling dikesali adalah waris pesakit merupakan kakitangan kesihatan.

Baginya, golongan tersebut seharusnya tahu bahawa merokok dalam kawasan hospital adalah perbuatan yang dilarang sama sekali.

"Waris pesakit tu pakai baju scrub, bermakna dalam golongan kakitangan kesihatan.

  • Pegawai perubatan kongsi pengalaman jadi mangsa aduan SISPAA.
  • Katanya, dia hanya menegur waris pesakit yang merokok di belakang parkir ambulans.
  • Waris terbabit dipercayai kakitangan kesihatan kerana memakai baju scrub.
  • Walaupun CCTV buktikan dia tak bersalah, tetap perlu buat surat tunjuk sebab.
  • Netizen kecam penyalahgunaan SISPAA dan gesa tindakan terhadap perokok itu.

"Paling kelakar adalah dia cakap dia merokok di situ selepas tengok aku merokok.

"Walhal satu jabatan termasuk HOD (ketua jabatan) tahu yang aku ni tidak merokok atau vape," tambahnya sambil berkongsi aduan yang dikemukakan individu tersebut.

Susulan daripada itu, siasatan dalaman dilancarkan termasuk penelitian kamera pengawasan (CCTV) bagi memastikan kebenaran laporan aduan berkenaan.

Ramai yang mendedahkan SISPAA telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak.

Ramai yang mendedahkan SISPAA telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak. 

Menurutnya, walaupun mendapati individu tersebut terbukti bersalah, namun dia tetap perlu membuat surat tunjuk sebab berhubung isu yang dikemukakan.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya meminta dia membuat aduan sama supaya tindakan tegas dapat dikenakan terhadap individu tersebut.

"Tuan lapor polis je, merokok dalam premis kerajaan boleh didenda dan dipenjara.

"Ramai salah guna SISPAA untuk tujuan jatuhkan penjawat awam.

"SISPAA ni sampai ke sudah tak membantu staf, malah menjatuhkan lagi, banyak kes yang buat aduan ni bersalah," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain