PERBUATAN mengejek atau mengajuk dalam kalangan kanak-kanak boleh dianggap perkara biasa dan menjadi lumrah sejak dahulu lagi.
Seorang wanita menceritakan pengalamannya melihat dua pelajar lelaki yang dalam perjalanan ke sekolah agama saling mengejek antara satu sama lain.
Dalam perbualan tersebut, salah seorang daripada mereka (pelajar A) mengejek tentang kebersihan rakannya (pelajar B).
Kawannya (pelajar B) kemudian membalas ejekan dengan menyentuh tentang ibu pelajar A yang aktif di media sosial.
Tindak tanduk ibu bapa boleh mendatangkan rasa malu kepada anak-anak. -Gambar hiasan AI
"Kau dah la tak mandi. Mak kau tak sempat ajar mandi ke? Hahahaha," kata pelajar A.
Namun, kata wanita itu, ejekan balas pelajar B membuatkan pelajar A terdiam dan memohon maaf.
"Bukan macam mak kau selalu joget kat TikTok, dah la hari-hari buat story macam janda.
"Semua tau mak kau kaki joget. Tak pernah up muka kau pun tapi semua kenal mak kau tau," kata pelajar B.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lempar-lempar barang, mengamuk dapat tahu suami layan video perempuan seksi di TikTok... Bagi alasan sebab ‘melintas’ FYP
ARTIKEL BERKAITAN: Cari rezeki sampai 4 pagi, akak jual mekap tertidur siap mengigau masa 'live' TikTok... Ramai harap bos bagi bonus
Wanita itu berasa simpati mengenangkan nasib pelajar A kerana dirinya menjadi ejekan rakan gara-gara ibunya menggunakan media sosial secara melampau tanpa rasa malu.
"Dari aku geram terus jadi kesian tapi inilah hasil dari apa ibu bapa 'hidang' kat media sosial.
"Sampai dah jadi gosip dalam kelas anak-anak. Malu budak tu sampai tak balas apa-apa pun," katanya.
- Dua pelajar saling mengejek, termasuklah menyentuh aktiviti ibu yang aktif berjoget di media sosial.
- Pelajar yang diejek terpaksa berdiam dan memohon maaf.
- Wanita yang mendengar cerita itu rasa kasihan kepada pelajar yang menjadi sasaran.
- Kes menunjukkan media sosial ibu bapa memberi kesan pada anak-anak.
- Netizen mengingatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati buat posting di media sosial.
Sementara itu netizen berpandangan kes ini wajar dijadikan pengajaran buat ibu bapa dengan menyedari apa yang dikongsikan di media sosial bukan sahaja memberi impak pada diri sendiri tetapi juga anak-anak.
Reaksi warga maya.
"Harap mak budak A tu baca. Kesian la dekat anak tu. Bukan jadi bahan pujian tapi jadi bahan yang memalukan.
"Sebagai anak yang selalu kena ejek sebab pe'el mak bapa, percayalah yang kami ni kadang malu sampai tahap tak nak mengaku mak ayah.
"Sebab itu kita ni bila dah jadi isteri dan mak, kena mengawal diri di media sosial. Peringatan untuk kita wanita semua," antara komen netizen.


