SEORANG wanita berdepan pengalaman menjijikkan apabila dia mendapat tahu rakan serumahnya menggunakan cawan minuman di untuk merendam menstrual cup.
Menerusi luahan di Thread, pengadu berkata dia mengalami muntah-muntah selepas melihat sendiri silikon getah yang boleh dimasukkan ke dalam vagina untuk mengumpul cairan haid milik rakannya itu berada di dalam cawan.
"Musibatnya! Housemate kantoi rendam dia punya menstrual cup dalam cawan yang selalu aku guna untuk minum.
"Loyanya. Sudah enam kali aku muntah sebab teringat bahawa sebelum ni aku memang minum guna cawan tu... sedap dooh (sangat).

Elakkan merendam menstrual cup menggunakan cawan yang digunakan untuk minum air. -Gambar hiasan AI
"Sebelum ini aku hanya tengok orang kongsi dekat media sosial tentang housemate mereka rendam benda tu dalam cawan. Tak sangka rupanya aku pun kena," ceritanya dalam nada marah.
Jelas pengadu, hal itu terbongkar selepas dia secara tiba-tiba pulang ke rumah sewa.
"Setiap minggu aku wajib balik rumah mak ayah dekat Ipoh, Perak. Biasanya hari Isnin atau Selasa baru balik semula ke Kuala Lumpur. Tapi nak dijadikan cerita kebetulan minggu ni mak ayah ada ride dekat Thailand.
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan serumah semua kacak-kacak, tapi pengotor! Paling geli tengok jamban duduk berkerak warna hitam
ARTIKEL BERKAITAN: Sesetengah budaya tak benarkan penggunaan 'cup menstrual' gara-gara nak jaga selaput dara
"Memandangkan aku anak tunggal, rumah dekat Ipoh tak ada orang. Jadinya aku tak balik Ipoh seperti kebiasaannya.
"Tapi aku ni jenis tak suka duduk rumah, mesti keluar walaupun tak balik rumah mak ayah. Apabila balik ke rumah sewa, nampak cawan aku minum digunakan rendam benda tu. Ketar-ketar tangan aku mesej dia cakap pasal ni," katanya lagi.
Dalam hantaran sama, pengadu turut menjelaskan keadaan cawan ketika dia melihat alatan berkenaan direndam di dalamnya.
- Wanita trauma lepas kantoi housemate rendam menstrual cup dalam cawan minum.
- Perkara terbongkar bila dia balik rumah dan nampak cawan digunakan.
- Waktu tu ibu bapa ke Thailand, housemate ingat dia dah balik kampung.
- Dia muntah banyak kali teringat pernah minum guna cawan sama.
- Netizen simpati dan nasihatkan lebih berhati-hati dengan rakan serumah.
"Air rendaman dalam cawan kelihatan berwarna kuning-kuning hijau sikit. Mana tak muntah... seharian saya asyik teringat keadaan dalam cawan kegemaran saya tu," katanya lagi.
Difahamkan juga, selepas insiden itu rakan-rakan serumah yang lain turut membuang semua cawan-cawan mereka kerana bimbang pernah digunakan untuk merendam menstrual cup.
Bagi netizen, perbuatan rakan pengadu disifatkan amat menjijikkan dan tidak bermoral.
"Ingatkan yang pakai menstrual cup ni pembersih sangat. Ni sudah la pengotor, cel*k* pula tu.
"Nak rendam guna air panas guna la cebok atau bekas tak pakai... bukan dalam cawan. Benda masuk dekat bawah (kemaluan) dia letak dalam cawan, pengotor gila," demikian komen beberapa netizen.


