suria

Biadab punya suami! Wanita geram tengok isteri dihina, dimarahi sebab mahu beli deodoran - “Dah kepam tu kepam juga”

Suami yang baik bukan sekadar memberi nafkah, tetapi melayani pasangannya dengan kasih sayang. -Gambar hiasan AI

DALAM sesebuah perkahwinan, tanggungjawab seorang suami bukan hanya memberi nafkah atau menyediakan keperluan asas semata-mata.

Sebaliknya, perkahwinan juga adalah tentang bagaimana suami melayan isteri dengan penuh hormat, memahami perasaannya dan menunjukkan kasih sayang dalam setiap tindakan.

Di laman Threads, seorang wanita berkongsi situasi menyedihkan di sebuah pasar raya apabila dia menyaksikan sendiri 'adegan' isteri dilayan kasar oleh suami. 

Melayani pasangan dengan baik dapat menjamin kerukunan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Tadi aku pergi *****. Ada akak tu minta dengan suami dia nak beli deodoran. Laki dia marah cakap, baik beli beras... kalau dah kepam tu kepam juga. 

"Aku rasa nak terajang jantan macam ni. Bini kau dukung anak, pegang lagi seorang. Kau berlenggang sambal main phone. Haish baran aku," tulisnya dalam perkongsian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Moga Tuhan sempitkan rezeki” - Ramai geram sikap suami kedekut... Duit belanja dapur hanya RM300, ibu sendiri dapat sampai empat angka!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri 'ajar' suami cuba 'lari' bayar makan, ugut panggil bapa selesai bil... Naik lemak akibat dimanjakan!

Simpati terhadap nasib wanita itu, dia bertindak membeli sebotol deodoran untuk dihadiahkan kepada ibu yang sedang mengawal dua anaknya itu.

Namun ujarnya, wanita berkenaan menolak dengan sopan kerana ingin meminta izin suami terlebih dahulu.

  • Seorang wanita melihat seorang isteri dilayan kasar oleh suaminya di pasar raya.

  • Suami enggan membelikan isterinya deodoran dan melontarkan kata-kata pedih.

  • Wanita itu beli deodoran untuk dihadiahkan kepadanya, tapi ditolak kerana ingin minta izin suami.

  • Perkongsian berkenaan mendapat simpati netizen yang rata-ratanya mengecam sikap si suami.

  • Netizen menekankan pentingnya budi bahasa dan menghormati pasangan dalam rumah tangga.

"Sebenarnya saya belikan deodoran dan kejar akak tu. Tapi dia tak nak ambil. 

"Dia kata nak minta izin suami dia dulu. Baik betul akak tu. Saya tunggu la. Lepas naik kereta akak tu tak turun. Saya memalukan dia ke?" tulisnya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya menzahirkan rasa simpati terhadap nasib wanita yang dilayan buruk oleh suami.

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Ramai memuji keprihatinan wanita itu, tetapi pada masa sama mengecam sikap suami yang dilihat tidak menghormati pasangan sendiri. 

"Saya kerja 'retail' dulu, nampak banyak contoh lelaki-lelaki yang bercakap kasar dan kurang ajar dengan isteri.

"Lepas tu menggelupur tengok perempuan lawa wangi, pertikai kenapa bini orang lain lawa. Dah kau kedekut!!

"Lelaki miskin budi bahasa tak layak kahwin. Titik," antara komen netizen. 

Artikel Lain