Ada suami suka menyendiri dengan tidur atau berehat di dalam kereta untuk mencari ketenangan. -Gambar hiasan AI
SATU kisah tragis yang pernah tular di media sosial mengenai lelaki meninggal dunia dalam kereta selepas bergaduh dengan isterinya menyentuh hati ramai.Perkongsian mengenai kisah itu dibuat sekali lagi oleh seorang pemuda, Aliff Liv Story, di laman Facebooknya pada Sabtu lalu bagi mengingatkan masyarakat tentang pengorbanan seorang suami. Mengimbas kembali kisah tersebut, katanya, pada malam sebelum kejadian jiran mangsa melihat enjin kereta lelaki itu hidup dan dia tertidur di tempat duduk pemandu akibat kepenatan melakukan dua pekerjaan.Ramai lelaki melakukan kerja sambilan demi menyara keluarga. -Gambar hiasan AI"Malam tu, jiran dia nampak enjin kereta dia masih hidup. Dalam kereta ada lelaki tu, tertidur di tempat duduk pemandu. Katanya dia cuma nak rehat sekejap."Siang kerja pejabat, malam buat Grab (e-hailing). Penat sangat. Dia senyum lesu dan itu rupanya senyuman terakhir dia," tulisnya dalam posting berkenaan.Keesokan pagi, jiran mendapati lelaki yang tidur dalam kereta berkenaan meninggal dunia akibat keracunan gas ekzos. Isterinya pula dikatakan meraung di depan rumah kerana menyesal tak sudah gara-gara merajuk selepas pertengkaran dengan suami pada malam sebelumnya."Rupanya malam sebelumnya mereka bergaduh. Isteri merajuk tak buka pintu sampai tak jawab mesej. Suami pula tak nak panjangkan hal.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri reda hanya 4 tahun dipinjamkan suami yang ‘terlalu baik’, pergi dengan mudah selepas banyak beri petunjuk - “Mata dah pejam, mulut seperti senyum”ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas kematian suami leka main Omi, siap ‘angkut’ lelaki bawa balik rumah! Merajuk lepas anak tegur buat maksiat "Jadi dia duduk dalam kereta depan rumah. Mungkin tunggu reda atau nak tenangkan diri. Tapi dia 'tak sempat'. Arwah pergi begitu saja. Dalam sunyi beberapa meter dari orang tersayang."Bila aku baca cerita ni terus terdiam sebab aku tahu ramai lelaki hidup macam tu hari-hari bukan sebab lemah tapi tak tahu macam mana nak luah," ujarnya.Aliff terpanggil untuk berkongsi semula kisah ini susulan satu komen di media sosial yang mana seorang wanita memandang remeh usaha dan pengorbanan suami yang penat mencari rezeki untuk menyara keluarga.Menerusi komen tersebut, wanita itu berkata, "Kalau cari nafkah pun penat, tak payah jadi suami la."Menurutnya, kata-kata tersebut sebenarnya memberi kesan besar terhadap perasaan lelaki zaman sekarang.Lelaki meninggal dalam kereta selepas bergaduh kecil dengan isteri.Jiran terlihat enjin kereta hidup, lelaki tertidur dalam keadaan lesu sebelum kejadian.Isteri meraung menyesal sebab merajuk tak bagi suami masuk rumah.Aliff luah rasa terkilan ada wanita pandang remeh kepenatan suami dalam mencari nafkah.Suami juga manusia biasa, perlukan difahami dan dihargai.Ringkasan ini dijana oleh AI"Ayat tu nampak kecil tapi bagi aku itulah cara yang perlahan-lahan 'bunuh' hati lelaki zaman sekarang."Lelaki boleh tahan lapar tapi dia tak tahan bila penatnya dipandang remeh. Ramai isteri tak sedar bila suami makin diam, bukan cinta yang hilang dulu."Yang hilang ialah rasa dihargai dan hubungan mula retak perlahan-lahan. Aku bukan nak bela para suami tapi kami sebagai suami pun manusia."Kalau suami penat, jangan hina. Kalau dia senyap, jangan biar. Kadang dia cuma tunggu seseorang faham yang dia bukan tak kuat cuma dah penat nak teruskan berpura-pura kuat," luahnya.Selain Aliff, pengajaran di sebalik kisah kematian lelaki ini turut dikongsikan semula di beberapa platform media sosial lain.