suria

Bibik suka ‘membuta’, bangun lewat! Wanita ‘angin’ anak nak pergi sekolah uniform masih basah, lupa jemur sebelum tidur

Tugas pembantu rumah adalah memudahkan urusan majikan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa geram dan kecewa apabila pembantu rumahnya sering mengabaikan tanggungjawab walaupun sudah berkali-kali diberi peringatan serta nasihat.

Menurutnya, pembantu rumah itu sudah beberapa kali bangun lewat sehingga menjejaskan rutin harian anak-anaknya untuk ke sekolah.

Jelasnya, paling mengecewakan apabila uniform anak-anak tidak disediakan malah didapati masih basah sebelum pergi ke sekolah.

Kebanyakan wanita berkerjaya mengambil pembantu rumah untuk memudahkan urusan rumah tangga. -Gambar hiasan AIKebanyakan wanita berkerjaya mengambil pembantu rumah untuk menolong menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Bibik ni dah empat, lima kali bangun lambat. Pernah dia bangun lambat, baju anak-anak sekolah dia tak siapkan. Bukan setakat tak siapkan, tapi baju tu basah sebab tak jemur.

"Alasan dia lupa. Habis tu anak saya nak pakai baju apa ni pergi sekolah?" luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja tak jalan tapi asyik tidur! Wanita hilang sabar hadap perangai bibik malas, berjam-jam terbongkang atas sofa

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sedar diri asalnya keluarga B40!” - Suami kecewa isteri lupa daratan lepas kahwin... Suka boros, berlagak ‘princess’ dalam rumah

Wanita itu turut berkongsi kejadian lain yang mana pembantu rumah juga terlupa membekalkan minuman untuk dibawa anak-anak ke sekolah.

"Kesian anak-anak pergi sekolah tak bawa air bekal. Balik sekolah semua dahaga kesian. Kita ni bukan jenis yang suka marah orang tapi kalau dah melebih sangat kita pun ada had juga," katanya.

Tambahnya, dia sudah berulang kali mengingatkan pembantu rumah supaya memastikan semua alatan dan keperluan sekolah anak disiapkan sebelum tidur.

Malah, dia juga memberikan masa rehat yang mencukupi dengan membenarkan pembantu itu tidur awal setiap malam.

  • Seorang wanita kecewa pembantu rumah sering bangun lewat.
  • Pakaian sekolah anak-anak tak disiapkan, malah masih basah kerana tak dijemur.
  • Pembantu rumah turut terlupa menyediakan bekalan air untuk anak-anak ke sekolah.
  • Wanita itu sudah berkali-kali menasihati dan memberi jadual kerja, namun tiada perubahan.
  • Netizen menasihatkan wanita berkenaan lebih tegas terhadap pembantu rumah yang cuai.

"Lepas Maghrib saya dah tak kacau dia kecuali saya masak makan malam dia ada tolong, itu pun bukannya sampai 12 tengah malam.

"Saya dah siapkan jadual harian dan dah banyak kali berbincang untuk dia perbaiki kerja, tapi masih sama,” katanya.

Tambahnya, buat masa ini dia terpaksa bertahan dengan sikapnya kerana ejen tidak dapat menyediakan pengganti berikutan isu kemasukan pekerja asing yang tertangguh.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya.

Sementara itu netizen menasihatkan wanita itu agar tidak memberi muka kepada pembantu rumah berkenaan dan wajar memberikan teguran tegas jika melakukan kesilapan.

"Pengalaman saya kena mengamuk dulu dengan pembantu rumah ni, mereka saja nak uji kesabaran majikan. Lepas tu baru okay.

"Biasanya mereka ni bebal jadi kita kena bertegas. Kena susun jadual buat mereka.

"Penat kalau ada bibik pun kita masih nak monitor kerja. Tak semua benda majikan nak kena suruh, nak kena ingatkan," antara komen netizen.

 

Artikel Lain