suria

Sesetengah budaya tak benarkan penggunaan 'cup menstrual' gara-gara nak jaga selaput dara

Selaput dara dikatakan menjadi punca para gadis 'kotor'.

DI beberapa negara Asia, penggunaan produk kebersihan haid berkait rapat dengan isu privasi dan moral di samping persepsi masyarakat setempat yang gemar mengaitkannya dengan seksualiti.

Namun hakikatnya, kebersihan haid tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti seksual.

Bagaimanapun di India, golongan gadis tidak dibenarkan menggunakan sebarang produk yang memerlukannya dimasukkan ke dalam faraj sebelum berkahwin terutama sekali cawan haid mahupun tampon.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu minta petua rawat anak berkudis, tapi netizen ‘tajam mata’ nampak kuku panjang... Pakar kata tu ‘port’ kuman!

India juga seperti kebanyakan masyarakat di seluruh negara yang menganggap seorang wanita kekal gadis selagi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak.

Bertentangan dengan kepercayaan ramai, selaput dara adalah sekeping tisu nipis yang menutupi faraj sepenuhnya atau sebahagiannya kerana terdapat juga gadis yang dilahirkan tanpa selaput dara sepenuhnya atau sudah berlubang.

Selaput dara juga boleh terkoyak jika seorang gadis itu sering melakukan sukan lasak seperti menunggang basikal.

Cawan haid dipercayai boleh menyebabkan selaput dara seorang gadis koyak.

Cawan haid dipercayai boleh menyebabkan selaput dara seorang gadis koyak.

Walaupun tidak ada bentuk standard 'normal' mengenai rupa selaput dara, boleh dikatakan bahawa dalam kebanyakan kes selaput dara berbentuk lebih seperti donat dengan lubang.

Walaubagaimanapun, kebimbangan mengenai pecah selaput dara ini telah menghalang wanita daripada memberi perhatian kepada kebersihan haid mereka.

Cawan haid ialah cawan kecil yang boleh digunakan semula untuk mengumpul cecair haid semasa kitaran bulanan dan ia perlu dimasukkan ke dalam faraj.

Ini berbeza dengan tuala wanita atau tampon yang direka untuk menyerap darah haid.

Pada masa seseorang mula datang haid, selaput dara mereka biasanya sudah berlubang, dan dalam banyak kes hampir hilang.

Faraj adalah sangat luar biasa dalam erti kata bahawa apabila cawan haid atau tampon dimasukkan, otot dapat meregang dan kembali ke bentuk asal, sama seperti gelang getah.

Ini menunjukkan bahawa sesuatu yang kecil seperti cawan haid tidak akan menyebabkannya meregang.

Untuk pengguna pertama kali, doktor biasanya mengesyorkan untuk memeriksa otot faraj kerana kebimbangan boleh mengakibatkan otot faraj tegang sehingga sukar untuk memasukkan cawan dengan selesa.

Pada percubaan awal, otot mungkin sedikit tegang, dan bimbang tentang kemasukan boleh menjadikannya lebih tegang. - India Times

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain