suria

Rancang keluarga? Suami pun boleh ‘berkorban’ guna kaedah vasektomi, isteri tak perlu makan pil perancang

Vasektomi adalah pilihan terakhir untuk merancang keluarga.

APABILA berbicara tentang isu perancangan keluarga atau mencegah kehamilan pastinya golongan wanita akan menjadi sasaran utama.

Selain digesa untuk mengamalkan makan pil perancang, ada yang menyarankan kaedah implan mahupun IUD (Intra Uterine Device).

ARTIKEL BERKAITAN: Terangsang tengok perut wanita hamil, lelaki gila seks simpan foto ibu mengandung... Hati-hati tayang ‘baby bump’

Tidak kurang juga yang mencadangkan prosedur 'ikat peranakan' iaitu Bilateral Tubal Ligation (BTL) bagi menghalang persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku.

Namun semakin berkembangnya teknologi perubatan, kaum Adam juga boleh 'berkorban'.

Penggunaan pil perancang dan implan akan memberi kesan secara tidak langsung pada fizikal wanita seperti mengalami kegendutan serta obesiti sekali gus meningkatkan rasa tidak yakin diri pada mereka.

Jadi, para suami bersediakah untuk berkorban demi isteri tercinta?

Kaedah vasektomi jarang dilakukan di Malaysia melainkan atas faktor kesihatan.

Kaedah vasektomi jarang dilakukan di Malaysia melainkan atas faktor kesihatan.

Selain penggunaan kondom dan ejakulasi luar faraj, anda boleh melakukan vasektomi.

Menurut Penolong Pegawai Perubatan (MA) Klinik Kesihatan Padang Lebar, Kuala Pilah Negeri Sembilan, Azrul Zubir, prosedur vasektomi adalah kontrasepsi kekal yang mana saluran sperma akan diikat bagi mengelakkan air mani dikeluarkan.

"Ia hanya menghalang air mani daripada keluar bagi mengelakkan proses kehamilan berlaku dan tidak mengakibatkan lelaki yang menjalaninya mati pucuk," jelasnya.

Bagaimanapun, ujarnya, bagi melakukan kaedah ini, pegawai perubatan perlu mendapatkan keputusan daripada pasangan suami isteri.

Kesan sampingan

Tiada kesan kesihatan terhadap lelaki yang melakukan pembedahan vasektomi kerana hanya melibatkan pembedahan kecil dan tiada bukaan besar pada anggota badan.

Bagaimanapun, ia mungkin memberi kesan terhadap mereka yang mempunyai sejarah penyakit lain seperti 'air pasang'.

Disebabkan itulah, kebanyakan kaedah perancang keluarga dilakukan ke atas wanita.

Tambahan pula, berdasarkan kajian perubatan, kaum lelaki boleh reproduktif sehingga usia 60 tahun berbanding wanita yang kebanyakannya akan mengalami menopause selepas usia 40 tahun.

Dalam pada itu, Azrul turut menyatakan bahawa pil perancang untuk lelaki masih dalam kajian kerana penyelidik belum mempunyai data cukup dalam peratus keberkesanan bagi mencegah kehamilan.

Jika ia dilancarkan, jumlah sperma akan dikurangkan di samping melemahkannya untuk berenang ke ovum.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain