suria

Ibu minta petua rawat anak berkudis, tapi netizen ‘tajam mata’ nampak kuku panjang... Pakar kata tu ‘port’ kuman!

Dr Arisman menjelaskan keburukan amalan menyimpan kuku panjang dalam aspek perubatan.

“BAGAIMANA nak rawat penyakit kudis pada tangan anak saya?,” demikian pertanyaan seorang ibu dalam satu kumpulan Facebook baru-baru ini.

Selain menerima pelbagai nasihat, pertanyaannya itu turut ditempelak beberapa netizen kerana gambar yang dimuat naik bersama coretan memaparkan kuku tangannya dan bayi, panjang.

Rata-rata netizen menyarankan supaya dia memotong kuku terlebih dahulu sebelum meletakkan sebarang krim perubatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rancang keluarga? Suami pun boleh ‘berkorban’ guna kaedah vasektomi, isteri tak perlu makan pil perancang

Pun begitu, selepas menerima kecaman teruk, wanita berkenaan memadamkan posting berkenaan.

Amalan menyimpan kuku bukanlah perkara baharu dalam masyarakat sebaliknya berlaku sejak dahulu kala lagi terutama di negara Barat.

Namun di dalam Islam, ia sangat dititikberatkan kerana melihatkan isu kebersihan.

Menerusi perkongsian Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam Selangor, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman berkata, menyimpan kuku panjang adalah tidak bagus kerana boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan diri.

Menjelaskan mengenainya, beliau berkata, kuku yang panjang berpotensi mengumpul kotoran di celah bawah kuku.

Kulit bayi masih halus dan sensitif.

Kulit bayi masih halus dan sensitif.

“Walaupun beri alasan rajin cuci tangan, itu masih tidak menjamin kuman-kuman terlepas dari tempatnya.

“Ia tidak mudah dihilangkan dengan kaedah cucian tangan biasa. Pengumpulan kotoran ini secara tidak langsung akan membiakkan bakteria berbahaya seterusnya menjejaskan kesihatan tubuh,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.

Malah katanya, berdasarkan kajian yang pernah dilakukan di luar negara, pernah dilaporkan bahawa bakteria paling merbahaya iaitu MRSA dijumpai di celah kuku yang panjang.

MRSA memerlukan antibiotik yang sangat kuat dan biasanya jangkitan ini boleh menyebabkan kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) atau membawa maut.

Di Amerika Syarikat pada tahun 1997, sebanyak 16 kematian bayi di salah sebuah hospital dilaporkan adalah dikaitkan dengan jangkitan kuman yang dibawa oleh dua orang jururawat yang memiliki kuku panjang.

Ada beberapa kes saya mulakan ubat antibiotik kerana luka akibat garu dengan kuku panjang mereka menyebabkan jangkitan kuman.

DR ARISMAN

“Lagi satu, kebanyakan yang menyimpan kuku panjang juga adalah suka mewarnakan kuku sehinggakan tidak menampakkan ada kekotoran di celah bawah kuku dan ini menjadi tempat kuman-kuman membiak.

“Bukan saja bakteria tetapi kuman kulat atau fungal juga banyak tumbuh,” jelas beliau.

Tambahnya, kuku panjang boleh mencederakan diri.

“Kerap sekali saya jumpa pesakit-pesakit yang ada masalah kulit gatal suka menggaru sehingga menyebabkan luka dan menjadi jangkitan kuman.

“Ada beberapa kes saya mulakan ubat antibiotik kerana luka akibat garu dengan kuku panjang mereka menyebabkan jangkitan kuman. Ada yang menjadi luka ulser khususnya pesakit Diabetes,” ujarnya lagi.

Berkata lanjut, Dr Arisman memaklumkan bahawa kuku yang panjang dan tajam sangat bahaya kepada bayi dan anak kecil kerana kulit golongan itu masih nipis terutama bahagian wajah. Bayangkan jika secara tak sengaja kuku panjang ibu-ibu terkena pada wajah atau bahagian mata bayi.

“Bahkan dalam wad hospital atau di ICU, ada jururawat yang akan tolong potong kuku-kuku pesakit yang terlantar di situ kerana tidak mahu berlaku jangkitan silang dalam wad.

“Maka pentingnya para pelawat atau saudara yang datang ke hospital, bawa sekali pemotong kuku dan tolong potongkan kuku pesakit yang diziarahi. Itu sangat membantu,” tambah beliau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain