suria

Hati-hati bagi anak makan konjak jeli viral, risiko tercekik menanti... KKM pantau, rupanya ada 6 sampel tak patuh peraturan makanan!

Kanak-kanak mudah tercekik dan mengalami sesak nafas kerana konjak jeli bersifat kenyal dan sukar larut.

IBU mana tidak panik apabila anak yang sihat tiba-tiba mengalami muntah dan sesak nafas.

Demikian situasi yang berlaku terhadap anak perempuan wanita dikenali sebagai Sheril Amelia.

Difahamkan kejadian kecemasan tersebut berlaku selepas anaknya memakan konjak jeli iaitu makanan ringan yang popular dan viral dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Real Sheril Amelia, dia menyatakan bahawa anak perempuannya terpaksa dimasukkan ke hospital dan mendapatkan rawatan kecemasan kerana mengalami muntah.

Kanak-kanak yang dilaporkan mengalami sesak nafas kerana makan konjak jeli.

Kanak-kanak yang dilaporkan mengalami sesak nafas selepas memakan jeli kenyal.

"Malam tadi balun (makan) sampai setengah plastik... pagi tadi pergi sekolah muntah-muntah.

"Petang tadi bawa pergi HAT (Hospital Angkatan Tentera) Tuanku Mizan kerana batuk dan nafas laju," ujarnya.

Malah, dia turut mendakwa ramai ibu bapa turut berkongsi keadaan kesihatan anak mereka merosot selepas menikmati jeli berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Cendawan Makkah banyak kelebihan, mampu rawat diabetes? Ini penjelasan pakar

"Selepas kongsikan pada status WhatsApp, ramai yang komen cakap anak-anak mereka ada yang alami cirit birit selepas makan.

"Ada juga yang makan tapi okay... ikut la perut masing-masing," ujarnya.

Seorang lagi ibu turut berkongsikan keadaan kesihatan anaknya yang tiba-tiba sukar bernafas selepas menikmati makanan yang sama.

Enam sampel produk jeli turut dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan dikenakan tindak penarikan balik produk.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berdasarkan video perkongsian Lara Asheikin, anak lelakinya ditahan di zon kritikal disebabkan sesak nafas secara tiba-tiba.

"Izzul tiada demam dan tiada asma... tetapi tiba-tiba sesak nafas.

"Apabila periksa balik, rupanya Izzul sesak nafas sebab makan jeli. Makanan ni memang viral dalam kalangan kanak-kanak masa kini," luahnya.

Amaran KKM

Disebabkan terdapat laporan peningkatan kes kecemasan melibatkan kanak-kanak, makanan viral di TikTok ini mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut KKM, pihaknya memantau produk tersebut sejak tahun 2001 selepas menerima banyak laporan tentang risiko tercekik pada kanak-kanak.

konjac-jelly

Kenyataan KKM mengenai konjak jeli.

"Konjak adalah sejenis tumbuhan yang tinggi dengan kandungan serat yang dipanggil glukomannan. Ia turut dikenali sebagai konnyaku, konjonac atau serbuk taro dan tepung keladi.

"Industri menggunakan bahan aditif makanan tersebut yang berfungsi sebagai bahan pemekat dalam penghasilan jeli.

"Penambahan konjak adalah dibenarkan di Malaysia berdasarkan pada saiz jeli yang dihasilkan," katanya.

konjac-jelly-1

Peraturan yang ditetapkan di Malaysia berkaitan penggunaan konjak.

Menurut KKM lagi, produk konjak jeli mempunyai tekstur kenyal, sukar larut ketika di dalam mulut dan sukar ditelan berbanding produk jeli yang lain.

Ekoran itu, katanya, mengambil kira risiko yang wujud, kawalan ke atas produk dibuat dengan menetapkan saiz dan juga amaran pada label produk.

Tambah KKM, berdasarkan data pemantauan dari tahun 2018 hingga kini, sebanyak 649 produk jeli telah disampel dan 352 daripadanya adalah produk konjak jeli.

"Enam sampel produk jeli turut dikesan tidak mematuhi peraturan makanan 139A dan dikenakan tindak penarikan balik produk (recall) oleh KKM," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain