TAWAKAL dan berserah, itulah perasaan ibu bapa setiap kali menghantar anak-anak ke sekolah untuk menimba ilmu, namun rasa bimbang tentang keselamatan mereka tetap ada.
Menerusi satu hantaran di Thread, seorang ibu berkongsi pengalaman mengejutkan selepas menerima maklumat daripada guru mengenai peri laku anaknya di sekolah.
Katanya, guru tersebut yang bergelar ustaz memaklumkan bahawa anaknya bermain dengan rakan ketika dia sedang mengajar dan secara tidak sengaja membaling tanah liat (plastisin) sehingga terkena kepalanya.
"Terkedu sangat hari ni (Isnin) bila ustaz post dalam grup kelas. Dia cakap anak saya bermain dengan kawan-kawan baling Play-Doh terkena kepala ustaz.

Tugas mendidik semakin mencabar hari demi hari. -Gambar hiasan AI
"Saya pun balas mesej tu beritahu yang saya tak kisah ustaz denda atau rotan anak saya. Saya minta maaf. Ustaz kata dia dah maafkan anak saya," ceritanya.
Dia bagaimanapun terkejut selepas mendengar cerita daripada anaknya dalam versi berbeza dengan yang dikongsikan ustaz.
Menurut wanita itu, anaknya mendakwa dia dan dua lagi rakan telah ditampar oleh ustaz, manakala plastisin dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Balik dari sekolah, anak beritahu dia kena tampar dengan ustaz dan kena sumbat Play-Doh dalam mulut. Lagi dua orang kawan dia kena tampar.
ARTIKEL BERKAITAN: Tayang video lucah dalam kelas, guru siap buat 'demo' depan murid-murid
ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu disiplin jumpa rakaman video bogel pelajar sendiri dalam kelas, terbongkar kes rogol berkumpulan di sekolah
"Yang seorang tu sampai bengkak sedangkan dia tak main pun Play-Doh tu dan mereka bermain bukan waktu ustaz mengajar.
"Masa kejadian tu ustaz tengah buat kerja dengan menggunakan laptop. Saya pun keliru," jelas wanita itu.
Susulan perkongsiannya, seorang pengguna media sosial menasihatkan agar dia membuat laporan polis dan aduan rasmi ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan menyertakan bukti perbualan WhatsApp.
Nasihat itu dibuat untuk memastikan tindakan sewajarnya diambil dan anak tidak berdepan risiko lebih besar seperti dianiaya atau diasingkan di sekolah.
- Ibu tawakal hantar anak ke sekolah, tapi risau keselamatan.
- Anak baling tanah liat terkena kepala ustaz, ibu minta maaf.
- Rupanya anak ditampar dan tanah liat dimasukkan ke mulutnya, dua rakan juga kena tampar.
- Seorang rakan bengkak walaupun tak terlibat, rupanya ustaz sedang buat kerja di laptop bukan mengajar.
- Netizen nasihatkan ibu buat laporan polis dan aduan ke PPD.
"Buat laporan polis dan pada PPD. Tak perlu jumpa ustaz. Guru besar saya tak pasti pula sebab ikut pengalaman dulu saya buat laporan tak jalan pun.
"Kawan saya punya pengalaman pula, anak dia kena pulau lepas dia buat laporan dekat Guru Penolong Kanan atau Guru Besar.
"Tapi untuk kes anak puan ni buat laporan polis sebab risiko anak tercekik masa sumbat mainan tu dan benda tu kotor serta beracun. Bawa laporan dan hantar ke PPD.
"Sertakan bukti WhatsApp semua. Suruh PPD cop tanda terima surat puan. Lepas tu katakan kalau anak kena pulau dekat sekolah, buat lagi laporan pada PPD," antara komen netizen.
Dalam pada itu, ada juga warganet menyarankan agar wanita itu bersemuka dengan guru dan tidak 100 peratus percayakan cerita anak.
"Siasat betul-betul dulu, jangan percaya 100 peratus apa anak beritahu, depan mak ayah memang la baik.
"Macam tak logik je ustaz tu sumbat doh dan tampar anak murid sampai bengkak sebab rata-rata guru sedia maklum, kalau sentuh budak bahana la akibatnya.
"Baik awak pergi sekolah tanya bersemuka dengan cikgu tu bawa anak sekali.
"Ingat, apa yang anak cakap tak semuanya betul 100 peratus, jadi pergi bersemuka. Kalau betul, ambik tindakan, itu saluran yang tepat," komen netizen lagi.


