SEORANG wanita meluahkan rasa sedih apabila menerima layanan buruk daripada ibu mentua tanpa sebab munasabah.
Menurut perkongsian di media sosial, wanita itu mendakwa ibu mentuanya mengawal kehidupannya dan suami, termasuk dalam hal kecil seperti penggunaan bahan memasak.
"Mentua buang penyedap makanan yang aku guna di rumah. Tapi dalam masa sama aku dapat tahu dia pun ajar anak sendiri masak sup guna bahan MSG tu.

Sikap sesetengah mentua yang berlebihan boleh memberi tekanan kepada menantu. -Gambar hiasan
"Kemudian mentua aku tak bagi guna rempah jenama tertentu. Tapi aku pelik sebab dia sendiri belikan sos Korea daripada jenama berkenaan untuk anak dia," ujarnya.
Tidak hanya dalam soal bahan masakan, pengadu mendakwa ibu mentuanya bertindak lebih keterlaluan apabila menghalang dia mengambil ubat tahan sakit yang diberikan doktor di hospital.
Katanya, ketika itu dia sedang berpantang sendirian di rumah selepas selamat bersalin, namun perbuatan itu dilakukan mentuanya sewaktu datang menziarah.
ARTIKEL BERKAITAN: Rahsia ‘pecah’ lepas 5 tahun kahwin! Rupanya famili mentua ‘rembat’ 15K duit hantaran - “Kantoi busuk macam tu je”
ARTIKEL BERKAITAN: Mentua 'tersakiti' menantu hamil order 'meatball', sinis cakap cucu bakal lahir kulit gelap - "Anak saya kini dah dekat syurga"
"Mentua aku tak bagi makan painkiller selepas czer. Dia ambil ubat tahan sakit aku. Dia siap periksa ubat-ubat aku.
"Tapi kalau anak dia baru sakit sikit, dia terus bagi je makan painkiller," jelasnya yang terkilan dengan sikap mentua.
- Wanita kecewa dengan ibu mentua yang dikatakan kejam dan suka mengawal hidupnya.
- Mentua bersikap berat sebelah dalam hal dapur dan bahan masakan.
- Ubat tahan sakit dikawal mentua selepas wanita itu beranak czer.
- Anak mentua diberi ubat tanpa halangan walau sakit sedikit.
- Netizen kecam tindakan ibu mentua sebagai melampau.
Tindakan ibu mentua kepada pengadu berkenaan menerima kecaman ramai kerana menyifatkan ia keterlaluan dan melebih-lebih.
"Bab tak bagi makan painkiller tu aku tak bolehlah.... apa masalah dia?
"Saya yang baca pun rasa nak bakar bekalan ubat mak mentua awak tu, anehnya dia.
"Apa punya perangai binatang mentua kau ni sampai ubat yang doktor bagi pun dia nak kawal.
"Ini bingai punya orang tua. Kau tak lawan ke dik? Gila kau boleh tahan sakit lepas czer tak ambil painkiller," komen beberapa netizen.


