GELARAN janda memang tidak mudah dipikul kerana ada dalam kalangan masyarakat yang memandang serong wanita bercerai tanpa mengetahui kisah sebenar.
Status perkahwinan terdahulu tidak semestinya mencerminkan keperibadian atau personaliti seseorang.
Di laman sosial, seorang individu tampil meluahkan rasa tidak sedap hati apabila mengetahui abangnya sedang bercinta dengan janda muda dan ingin menamatkan zaman bujang bersama wanita tersebut.
Ada segelintir individu tidak dapat menerima wanita berstatus ibu tunggal sebagai isteri. -Gambar hiasan
"Abang bercinta dan nak bernikah dengan wanita berstatus janda berusia 28 tahun. Abang cakap wanita itu green flag 10/10.
"Dia bercerai sebab bekas suami curang," tulisnya dalam satu perkongsian di laman X.
Bagaimanapun menurut individu berkenaan, pelbagai persoalan bermain di mindanya terutamanya mengenai punca sebenar penceraian wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Janda jejak ex-BF lepas kematian suami... Cinta 20 tahun lalu berputik semula, minta ruang jadi bini kedua
ARTIKEL BERKAITAN: “Dengar cerita dah jadi janda” - Pemuda puas hati dapat tahu nasib bekas GF tak bersyukur, anggap kifarah dosa silam
"Persoalan aku dengan kakak adalah, kalau wanita itu begitu sempurna, kenapa dia dicurangi pula?" tulisnya.
Individu itu turut mendedahkan bahawa dia dan kakaknya kini sedang merancang untuk menghubungi bekas suami kepada kekasih abangnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai kisah lampau wanita tersebut.
"Kami tengah plan nak cari bekas suaminya nak tanya kenapa bercerai. Apa pandangan anda?" tulisnya lagi sambil meminta pandangan netizen.
Seorang individu rasa tak sedap hati abangnya bercinta dengan janda dan berhasrat mengahwininya.
Individu itu persoal punca penceraian wanita itu yang dikatakan dicurangi bekas suami, dan abangnya sifatkan dia wanita sempurna.
Dia dan kakak merancang untuk menghubungi bekas suami wanita itu bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menasihatkan agar mereka tidak terlalu menyibuk.
Netizen menegaskan bahawa status janda tidak seharusnya dijadikan ukuran bagi menilai seseorang.
Di ruangan komen, kebanyakan warga maya menasihatkan supaya individu tersebut tidak terlalu menyibuk atau mencampuri urusan orang lain, sebaliknya memberi kepercayaan kepada abangnya untuk membuat penilaian terhadap pasangan sendiri.
Mereka berpendapat bahawa status janda atau pengalaman lampau seseorang tidak sewajarnya dijadikan ukuran pada masa sekarang.

Antara komen netizen.
"Nak buat background check buat je la tapi jangan bersangka buruk, cuba kenal-kenal dulu.
"Janganlah buruk sangka dengan janda. Kalau betul ex-husband dia curang dan korang jumpa ex-husband untuk kepastian, yakin ke bekas ex-husband dia akan jujur?
"Kita tak ada hak untuk mempersoalkan masa lalu orang lain. Dah la tak berapa kenal lepas tu suka hati nak background check bakal ipar," antara komen netizen.


