suria

Janda jejak ex-BF lepas kematian suami... Cinta 20 tahun lalu berputik semula, minta ruang jadi bini kedua

Kehilangan insan tersayang amat memeritkan. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan hasrat untuk menyambung kembali hubungan cinta lama dengan bekas kekasih selepas lebih 20 tahun berpisah.

Wanita berstatus janda itu mendedahkan selepas tiga tahun pemergian suami, hatinya tergerak untuk menghubungi bekas kekasih yang sudah sekian lama terputus hubungan.

Kehadiran orang ketiga boleh meruntuhkan rumah tangga. -Gambar hiasan AIKehadiran orang ketiga boleh meruntuhkan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Saya cari nombor WhatsApp dia, dan akhirnya dapat. Dia balas mesej dengan baik, saya tahu dia kini sudah berkeluarga dan ada anak.

"Dekat setahun berhubung melalui WhatsApp. Kadang-kadang terpanggil panggilan 'sayang'," kongsi wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya merayu, undurlah diri” - ‘Penyondol’ tak mahu poligami, berani hantar mesej minta wanita bercerai

ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun kahwin, curang dengan hampir 30 wanita! Isteri anggap suami ‘cinta mati’, rela bertahan demi anak

Menurut wanita itu, mereka saling berbalas mesej tetapi lelaki berkenaan tidak pernah mengajak untuk bertemu sepanjang tempoh itu.

Setelah sekian lama memendam rasa, wanita itu akhirnya mengakui perasaan sayangnya terhadap bekas teman lelaki masih wujud.

Tak ada kerja nak jadi penyondol.

NETIZEN

"Saya tanya, masihkah ada ruang untuk saya jadi isteri kedua. Dia senyap selama seminggu.

"Akhirnya dia balas tapi dia kata kalau saya betul-betul sayang, tunggulah dia di akhirat.

"Katanya keutamaan dia sekarang ialah isteri dia yang ada di sisi,” katanya yang sedih dengan jawapan diberikan.

Reaksi netizenReaksi netizen.

Perkongsian itu bagaimanapun dikecam warga maya dengan beranggapan tindakannya boleh menyebabkan rumah tangga bekas kekasih goyah.

"Jika awak hadir hancur musnah istana dia bina. Kadang-kadang melupakan lebih baik dari teringat kembali.

"Padan muka. Tak malu betul, ada hati nak rampas laki orang.

"Kenapa kacau laki orang ya? Dah habis ke lelaki bujang dalam dunia ni?

"Tak ada kerja nak jadi penyondol, yang lepas biar lepas tak payah nak kacau," kata warga maya.

Artikel Lain