KEKANGAN kewangan keluarga membuatkan kebanyakan isteri meluahkan hasrat untuk bekerja bagi mengurangkan beban yang ditanggung suami.
Namun, niat murni itu kadangkala tidak semudah yang disangka apabila perbelanjaan baharu pula muncul seperti kos pengasuh dan pengangkutan.
Sedang berada dalam dilema ini, seorang lelaki cuba mendapatkan pandangan daripada warga maya berhubung masalah yang dialami.

Segelintir isteri menjadi pengasuh bagi membantu kewangan keluarga. -Gambar hiasan
"Aku suami, kerja dengan pendapatan RM3,700 sebulan, duduk Puncak Alam (Selangor) tapi kerja di Bukit Bintang (Kuala Lumpur).
"Ulang alik naik motor setiap hari, isteri pula suri rumah dan ada seorang anak usia dua tahun," ujarnya berkongsi tentang keluarganya secara ringkas di Thread.
Menurut lelaki ini, isterinya meluahkan hasrat untuk bekerja bagi membantu mengurangkan komitmen bulanan.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bekerja tak pernah merasa wang suami, terasa hati mentua senang-senang je dapat duit belanja raya
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dakwa suami kerja 2 bulan tanpa cuti, kerja lebih masa tak dibayar... Masuk lewat 4 minit kena bayar denda
Meskipun berharap bantuan isteri bagi meringankan beban, namun dalam masa sama dia berfikir tentang perbelanjaan bulanan akan semakin tinggi kerana anak perlu dihantar kepada pengasuh.
Malah katanya, kos untuk barang keperluan anak turut berganda kerana perlu juga diletakkan di rumah pengasuh.
"Beli susu dan lampin pakai buang kena double, satu rumah dan satu pengasuh.
- Isteri nak bekerja untuk bantu kurangkan beban kewangan suami.
- Tapi perbelanjaan baharu akan muncul seperti kos pengasuh dan pengangkutan.
- Suami bimbang gaji RM3,700 tak cukup, hutang kad kredit dah cecah RM4,200.
- Netizen cadang isteri kerja dari rumah atau jadi pengasuh mahupun buka kelas mengaji.
- Fokus elak hutang kad kredit, cukuplah kereta dan rumah sahaja.
"Pada aku, daripada dia tak ada komitmen, tiba-tiba ada komitmen apabila kerja tapi sekarang aku tengah dalam masalah kewangan.
"Awal bulan lepas, gaji mesti tinggal dalam RM100 paling kurang... kad kredit dah cecah RM4,200," tambahnya.
Dalam pada itu dia yang bekerja sebagai ketua pasukan syarikat perunding dan teknologi global itu turut mencari pekerjaan lain dengan tawaran gaji lebih tinggi.

Ramai mencadangkan isteri pengadu berniaga dari rumah.
Hantaran yang dibuatnya membuatkan netizen berkongsi pandangan dan nasihat dengan kebanyakannya meminta supaya isterinya melakukan kerja dari rumah.
"Dari keluar bekerja, lebih baik isteri awak jadi pengasuh dan kalau dia boleh memandu, boleh juga buat transit sebelum budak-budak pergi kelas agama.
"Tipnya jangan ada hutang kad kredit, cukup sekadar kereta dan rumah sahaja. Saya suri rumah yang buat perkhidmatan pengangkutan.
"Kalau isteri kerja dengan gaji RM3,500 ke bawah, baik tak payah. Suruh duduk rumah dan jadi pengasuh atau buka kelas mengaji," demikian pandangan netizen.


