suria

Mentua sanggup ‘panjat’ pejabat kerajaan semata-mata nak semak gaji menantu... Paksa suruh mohon STR!

Data peribadi tidak seharusnya didedahkan kepada pihak ketiga. -Gambar hiasan

UMUM mengetahui kelayakan untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bergantung kepada kategori pendapatan dan status pemohon seseorang.

Bagaimanapun, timbul persoalan mengenai tahap kerahsiaan data apabila seorang wanita mendakwa pegawai sebuah agensi kerajaan mendedahkan maklumat gajinya kepada pihak ketiga.

Menerusi hantaran di media sosial, wanita terbabit menyatakan pegawai agensi terbabit disyaki memaklumkan jumlah pendapatannya kepada ibu mentua.

Bantuan STR memudahkan golongan kurang berkemampuan membeli barang keperluan dapur. -Gambar hiasan

Bantuan STR memudahkan golongan kurang berkemampuan membeli barang keperluan dapur. -Gambar hiasan

Malah tindakan itu dilakukan tanpa pengetahuan mahupun kebenarannya.

"Boleh ke pegawai kerajaan dedahkan maklumat gaji kita kepada orang luar?

"Saya tak puas hati apabila mentua cakap dia pergi semak di pejabat agensi tu. Kemudian pegawai dekat situ semak serta maklumkan amaun gaji saya," luahnya di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita malu dengan famili mentua, aib keluarga tersebar selepas buat aduan di pejabat agama... Rupanya staf ‘kepochi’ bocor rahsia!

ARTIKEL BERKAITAN: Guru letak 18 foto murid tak siap kerja sekolah dalam grup WhatsApp! Mak ayah 'sentap' terus lapor SisPAA, anggap jatuh maruah anak

Menurut wanita ini, dia mempercayai kata-kata ibu mentuanya selepas amaun yang dimaklumkan adalah sama dengan jumlah gaji diperoleh.

Susulan itu, dia nekad untuk mengambil tindakan tegas terhadap pegawai kerajaan terbabit.

"Apa tindakan yang kita boleh ambil terhadap pegawai tu?

  • Wanita dakwa pegawai kerajaan dedah gaji pada mentua.
  • Katanya semakan dibuat untuk STR.
  • Amaun diberitahu sama dengan gaji sebenar.
  • Netizen gesa buat aduan melalui SISPAA.
  • Isu timbulkan kebimbangan bab privasi data.

"Saya menantu perempuan, mentua tiada hak untuk semak gaji saya," tegasnya lagi.

Dalam hantaran berasingan, wanita ini memaklumkan tindakan mentuanya dipercayai berkait rapat dengan permohonan STR.

"Dia nak semak kelayakan STR saya, sibuk suruh mohon. Saya dah bagitahu tak layak, cuma tak pernah dedahkan gaji kepada sesiapa walaupun mak ayah sendiri.

Warga maya memintanya membuat aduan SISPAA.

Warga maya memintanya membuat aduan SISPAA.

"Amaun yang dia bagi tu memang betul, sebab itu saya tak puas hati," tambahnya lagi.

Insiden itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna lain mengenai tahap keselamatan data peribadi yang disimpan oleh agensi kerajaan.

Rata-rata warga maya memintanya supaya mengambil tindakan tegas dengan membuat aduan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

"Cepat kenal pasti nama pegawai, jam dan tarikh mentua berbuat demikian (semakan).

"Mungkin dia provoke dan buat cerita sahaja sebab bab privasi ni tak boleh didedahkan.

"Kenapa dia sibuk nak suruh awak mohon STR," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain