SEORANG wanita berkongsi kisah sedih yang dialami bapanya selepas dikhianti oleh anak kandung sendiri sehingga kerugian hampir RM300,000.
"Beberapa tahun lalu abang aku pernah curi duit ayah hampir RM300,000, dia guna untuk pelaburan tapi kena tipu dengan kawan sendiri sampai rugi.
"Lepas ayah dapat tahu, dia terduduk sebab rasa dikhianati, anak sendiri curi duit," ujarnya di Thread.
Menurutnya, wang tersebut dimasukkan ke akaun abangnya dan adik beradik yang lain kerana simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) bapanya sudah melebihi had.

Kebiasaannya warga emas akan membiarkan anak-anak menguruskan wang pencen mereka. -Gambar hiasan AI
"Dia tumpang simpan sebab percaya pada anak-anak, adik beradik yang lain dan aku pun tak pernah sentuh duit ayah.
"Ayah tahu lepas tergerak hati nak check simpanan dia yang dia letakkan dalam akaun abang... tengok-tengok semuanya habis.
"Abang guna dalam tempoh enam bulan, itu pun dapat tahu lepas ugut nak lapor polis," luahnya sayu.
Meskipun kecewa dan terluka, namun ujar wanita ini, bapanya memaafkan kesalahan abang dan menganggap apa yang berlaku sebagai kifarah untuk mencuci hartanya.
ARTIKEL BERKAITAN: RM10,000 dalam ASB lesap, anak remaja senyap-senyap berjoli macam orang kaya! Hati ibu remuk lepas semak penyata akaun
ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak boleh harap, senyap-senyap kebas lebih RM100,000 duit pencen bapa! Silap besar bagi ‘pegang’ kad bank
Namun malangnya, warga emas itu kini terpaksa pula menanggung hutang ah long berjumlah RM20,000 yang dibuat abangnya beberapa bulan lalu.
Pinjaman itu dibuat oleh abangnya gara-gara terjebak dengan skim cepat kaya.
"Mungkin abang dah berhenti perangai dia tapi parents aku yang perlu jaga dia. Usia dah 31 tahun tapi masih menganggur, empat tahun dah semenjak dia konvo.
- Abang curi RM300,000 simpanan ayah untuk pelaburan, tapi rugi.
- Ayah maafkan, anggap satu cara untuk 'cuci harta'.
- Bagaimanapun abang sekali lagi buat hal, hutang RM20,000 dengan ah long.
- Masih menganggur, hidup ditanggung ayah.
- Netizen nasihat hentikan bantuan kewangan.
"Ayah aku manjakan sangat, dia selalu minta duit macam air keluar, beli barang makan yang boleh dikatakan mahal," tambahnya.
Menyedari corak kehidupan abangnya yang pelik, dia tidak menolak kemungkinan lelaki itu mengalami masalah kemurungan.
"Kami tak tahu nak tolong macam mana, dah suruh cari kerja tapi dia tak mahu, hanya duduk dalam bilik dan pesan makanan.
"Dia pun terlampau obes, badan macam orang Jepun sumo," ujar pengadu yang sayu melihat keadaan abangnya seperti tidak terurus.

Netizen memberi cadangan dan nasihat bagi membantu abangnya.
Tambahnya lagi, keluarga juga pernah menasihati abangnya untuk mendapatkan khidmat profesional bagi membantu mengatasi masalah yang dialami.
Namun malangnya, ia bukan sahaja tidak dipedulikan, malah abangnya berterusan terperap di bilik walaupun pada hari minggu.
Lebih menyedihkan, tiada seorang pun rakan abangnya yang datang bertanya khabar selepas apa yang berlaku.
Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Selain bersimpati, ramai yang berpandangan supaya bapanya menghentikan segala bentuk bantuan termasuk kewangan.


