AKTIVIS masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah kini ditidurkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz selepas disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.Menurut Mejar (B) Razali Zakaria, Abdul Rani dimasukkan ke hospital tersebut sekitar pukul 5 petang Selasa sebelum pihak perubatan mengambil keputusan untuk menidurkannya bagi tujuan rawatan. "Saya sempat buat panggilan video bersama dia sebelum prosedur tersebut dijalankan. Dalam perbualan tu, dia memaklumkan akan ditidurkan."Pukul 1 tengah hari tadi saya ada melawat, keadaan masih tidak sedarkan diri dan pihak hospital maklumkan keadaan dia semakin stabil," katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Lakonan Bersahaja Rani Kulup Dalam 'Kipidap! Selamatkan Hari Jadi'Ditanya keadaan Abdul Rani sebelum dimasukkan ke hospital, Razali berkata sahabat yang dikenalinya sejak berusia 18 tahun itu masih aktif menjalani rutin harian termasuk bersama anak-anaknya walaupun berkerusi roda."Abdul Rani sebenarnya mengalami masalah kesihatan kira-kira sebulan lalu tapi dia masih mampu bergerak dan bertemu rakan-rakan," katanya.Abdul Rani yang berusia 70 tahun mula terkenal lebih 10 tahun lalu selepas aktif membuat laporan polis berkaitan pelbagai isu semasa yang melanda negara.Dia yang dikenali sebagai Ayahanda Rani Kulup atau Raja Report Malaysia turut aktif dalam bermain muzik serta pernah terbabit dalam dunia lakonan menerusi filem Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi.