Pemandu kenderaan nombor pendaftaran Singapura dikesan mengisi RON95 di Iskandar Puteri. -Gambar Facebook
SEORANG pemandu kereta Honda Stepwagon Spada bernombor pendaftaran Singapura dikesan mengisi petrol RON95 di Iskandar Puteri, Johor pada 26 Januari lalu.Berdasarkan perkongsian di Facebook, pemandu lelaki itu mengisi petrol yang dikhaskan kepada rakyat tempatan menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia tanpa rasa bersalah. Malah, lelaki tersebut juga meninggalkan komen yang agak berani bahawa dia tidak kisah gambar tersebut ditularkan di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Muslihat tutup nombor plat guna pelekat hitam bawa padah... PR Singapura isi RON95 didenda RM9,000"Hello, saya pemilik kereta ini. Itu saya, jadi apa masalahnya? Saya isi secara sah dan tiada siapa kata ia haram untuk beli. "Saya akan teruskan sehingga April. Teruskan berkongsi mengenainya, saya tak kisah," katanya.Bagaimanapun komen tersebut telah dipadam pemandu berkenaan, namun warga maya sempat membuat tangkap layar kenyataan tersebut.Sebelum ini, seorang pemandu kereta Volkswagen Jetta bernombor pendaftaran Singapura dikesan mengisi petrol RON95 didenda RM9,000 oleh Mahkamah Majistret Kulai pada 14 Januari lalu.Pemandu itu sebelum itu tular menggunakan pita pelekat berwarna hitam untuk menutup abjad depan nombor pendaftaran keretanya, pada kejadian awal Januari.