PERANCANGAN kewangan yang tidak teliti boleh mengundang risiko besar di kemudian hari, lebih-lebih lagi apabila melibatkan komitmen jangka panjang seperti pembiayaan untuk membeli kereta.Bagaimanapun seorang pemuda dihimpit dilema apabila bapanya mahu menggunakan namanya bagi membuat pinjaman bagi membeli kenderaan untuk kegunaan keluarga. "Ayah ada buat permintaan suruh aku belikan kereta untuk famili, tapi dia nak guna nama aku untuk bayar sama-sama nanti.Seorang bapa perlu mempertimbangkan masa depan anak dan tidak mementingkan diri. -Gambar hiasan AI"Alasan ayah nak guna nama aku tu sebab nanti jika dia nak beli kereta lain jadi lebih senang. Kereta yang guna nama aku tu nanti ambil je untuk aku kahwin nanti," luah pemuda itu di Threads.Tambah pengadu, dia pernah menolak permintaan berkenaan namun bapanya tetap cuba meyakinkannya agar tidak perlu bimbang."Pernah beritahu dekat ayah yang aku tak berani nak ambil kereta dengan buat pinjaman sebab takut tak ada kerja. Tapi dia cakap tak apa dia boleh bayar.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kenapa kereta RM300,000 tak boleh 'loan' 35 tahun, rumah harga sama dibenarkan pula? Pakar beri penjelasanARTIKEL BERKAITAN: Gaji tak seberapa tapi adik bersungguh nak beli kereta, rupanya awek desak - "Dia macam lembu dicucuk hidung""Kalau jadi dekat anda semua, setuju tak? Aku buntu la tak ada jawapan yang boleh diberi kepada ayah yang buat aku puas hati," luahnya yang buntu.Perkongsian itu kemudiannya dihujani pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menasihatinya supaya tidak terburu-buru membuat keputusan sehingga boleh menjejaskan masa depan kewangan sendiri."Selamatkan diri awak dulu. Kalau didesak juga, berpakat dengan sales asistant kereta tu. Minta dia cakap pinjaman awak tak lepas. Jangan jerat leher sendiri.Anak buntu apabila bapa mahu guna namanya untuk beli kereta.Bapa janji bayar ansuran sementara waktu.Dia risau komitmen kerana kerja belum stabil.Netizen nasihat jangan ambil risiko kewangan.Ramai minta dia utamakan masa depan sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kau buat keras dik. Selamatkan diri daripada sakit kepala. Lagipun dia kata nanti senang nak beli kereta? Amboi, guna je nama sendiri. Bunyi sangat tidak meyakinkan."Tak payah. Saya yang sebelum ni ada kerja dan berbaki dua tahun nak habis pinjaman ni tiba-tiba hilang pekerjaan. Dah jadi susah nak bayar. Tak perlu ikut arahan mak ayah."Yang nak hidup dengan hutang tu awak. Ayah nanti lagi banyak tanggungan dia. Kalau tak mampu, kita hidup je dengan cara tak mampu," komen beberapa netizen.