Sebaiknya bincang dulu dengan keluarga sebelum beli kereta bagi mengelakkan masalah timbul di kemudian hari. -Gambar hiasan AI
MEMILIKI sebuah kereta bukan hanya melibatkan bayaran bulanan semata-mata tetapi datang dengan komitmen serta tanggungjawab.Itulah hakikat yang ramai terlepas pandang, terutamanya apabila seseorang itu sudah mula berangan mahu memiliki kenderaan sendiri walau tidak mampu dari segi kewangan. Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita meluahkan kebimbangan apabila adik lelakinya bersungguh-sungguh mahu membeli kereta sedangkan gajinya kecil.Lebih merisaukan apabila dia mengetahui adiknya mahu memiliki kenderaan sendiri kerana didesak oleh teman wanita.Membeli kereta memerlukan seseorang itu stabil dari segi kewangan. -Gambar hiasan AI"Adik saya ni gaji pokok RM1,900 dan bersih dalam RM1,400 hingga RM1,600 tapi beria-ia nak beli kereta. Bila saya nasihatkan dia yang guna kereta ni bukan setakat nak bayar bulan-bulan je, dia kata boleh, boleh."Sekali 'kantoi' rupanya awek dia paksa beli kereta. Awek dia tu, mak dan famili aku semua dah tak suka. Sampai famili perempuan tu kata adik saya ni bodoh dan famili kami 'gua' (kolot)."Sekarang dia masih dengar cakap awek dia suruh beli kereta. Macam mana nak buat ye perempuan macam ni? Famili saya naik menyampah dengan awek dia tu," luahnya di Thread.ARTIKEL BERKAITAN: Ejen dedah pelanggan gaji RM1,900 mahu ‘angkat’ Proton S70, seorang lagi ‘income’ RM5,000 nak Axia je!ARTIKEL BERKAITAN: Biras minta tolong buat ‘loan’ kereta, nak bergaya naik Myvi... Gebang ada RM40,000 dalam akaun tapi enggan gunaSeorang pelayar di media sosial tampil memberi pandangan bahawa keluarga sepatutnya membiarkan sahaja adik lelaki itu membuat keputusan sendiri.Namun begitu, pihak keluarga disarankan tidak menanggung makan minumnya sekiranya dia gagal mengurus kewangan selepas membeli kereta."Biar je adik awak buat keputusan sesuka hati dia tapi anda semua sebagai famili jangan tanggung makan minum dia. Dia kan dah dewasa. Wanita risau adiknya bergaji kecil tetapi nekad mahu beli kereta.Keputusan adik dipengaruhi desakan teman wanita.Keluarga bimbang adik menanggung komitmen untuk kereta kegunaan orang lain.Netizen menyarankan keluarga tidak menanggungnya jika kewangan gagal diurus.Kisah ini jadi peringatan kos kereta bukan sekadar bayaran bulanan.Ringkasan ini dijana oleh AI"Nanti lepas beli kereta baru dia tahu kos-kos sebenar miliki kereta. Kalau dia tak mampu, automatik kereta akan kena tarik, adik akan jatuh miskin dan awek dia tinggalkan."Adik awak pun dapat pengajaran. Adik awak ni ibarat lembu kena cucuk hidung, cakap baik-baik pun tak ada gunanya. Kena lecur badan lembu tu baru dia faham," komen seorang netizen.Mengulas komen berkenaan, wanita itu menjelaskan kebimbangan utama keluarganya lebih kepada kemungkinan kereta tersebut dibeli untuk kegunaan teman wanita dan bukanlah adiknya sendiri."Kami bukan risaukan apa, kami risau dia beli kereta untuk bagi dekat perempuan tu guna dan bayaran bulanan adik yang tanggung. Betul kata awak, adik saya macam lembu kena cucuk hidung," jelasnya.