suria

Anak bingung pegang duit sedekah RM16,000 lepas ibu meninggal, risau tersalah guna - "Buat kepok di kubur arwah"

Waris memainkan peranan penting dalam mengurus atau melangsaikan hutang si mati. -Gambar hiasan AI

SUDAH menjadi lumrah dan tradisi dalam kalangan masyarakat di Malaysia sumbangan kilat atau sedekah dihulurkan setiap kali menziarahi keluarga yang baru sahaja kehilangan orang tersayang.

Di sebalik kemurahan dan kemuliaan hati mereka yang datang ziarah, seorang individu meluahkan kebimbangan mengenai cara wang derma tersebut diuruskan.

Tambahan pula jumlah kutipan yang diterima mencecah belasan ribu ringgit.

Kehilangan insan tersayang pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

Kehilangan insan tersayang pasti meninggalkan kesan yang mendalam pada sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

"Semasa mak meninggal dunia, syarikat saya ada bagi wang sumbangan sebanyak RM2,000.

"Kemudian kutipan wang sedekah daripada orang yang datang ziarah dan beri penghormatan dalam RM14,000," ujarnya memperincikan sumbangan yang diterima di laman X.

Mengakui jumlah tersebut besar bagi dirinya, lelaki ini meluahkan kebimbangan sekiranya duit tersebut disalah guna.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak buah seronok joli duit bantuan kerajaan, tak lapor kematian ibu saudara sebatang kara... Bagi alasan leceh, tiada masa nak daftar

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dapat hibah lepas kematian suami, adik ipar ‘meroyan’ ibu tak merasa duit arwah - “Tak reti nak hulur sikit ke?”

Susulan itu dia cuba mendapatkan pandangan daripada warga maya mengenai hak duit tersebut dan cara untuk menggunakannya bagi pihak si mati.

Malah katanya, dia tidak mempunyai pengalaman menguruskan wang hasil derma mahupun sumbangan orang ramai kerana pertama kali berdepan kehilangan insan tersayang.

"Duit itu boleh guna untuk siapa dan apa sahaja ya?

  • Lelaki terima wang sedekah belasan ribu ringgit selepas ibu meninggal dunia.
  • Jumlah itu termasuk sumbangan syarikat RM2,000 dan derma orang ramai RM14,000.
  • Risau duit disalah guna, tanya hak dan cara urus dengan betul.
  • Akui pertama kali berdepan kematian, takut tersalah guna wang.
  • Netizen puji sikap jujur, cadang guna untuk urusan arwah dan sedekah.

"Maaf, pertama kali kehilangan dan takut salah tuju duitnya," tambahnya lagi.

Pertanyaan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memuji sikap jujur kerana tidak terburu-buru menghabiskan wang berkenaan untuk kepentingan peribadi.

Tidak kurang juga yang memberi cadangan supaya dia membuat 'kepok' pada kubur mahupun melangsaikan hutang arwah.

Antara cadangan yang diberikan warga maya.

Antara cadangan yang diberikan warga maya.

"Kalau Islam, duit yang dapat selepas kematian arwah dah tak jadi harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan.

"Buatkan kepok pada kubur arwah atau sedekahkan bagi pihaknya, langsaikan hutang arwah juga.

"Duit tu untuk mudahkan urusan arwah macam langsaikan perkara wajib seperti hutang, buat badal haji.

"Selesaikan urusan pengebumian dan kepok kubur," demikian antara saranan netizen.

Artikel Lain

Rezeki Iskandar Ismail juara GV12