Persefahaman antara kedua-dua belah pihak penting untuk kekalkan keharmonian selepas bercerai. -Gambar hiasan AI
LUAHAN seorang lelaki mengenai sikap bekas isterinya mendapat perhatian ramai apabila ia menyentuh tentang tanggungjawab serta nafkah anak selepas penceraian. Dia berasa tidak puas hati apabila mendakwa bekas isterinya kerap 'menumpang' permintaan anak-anak untuk makan makanan mahal walaupun dia sudah menunaikan tanggungjawab memberikan nafkah bulanan.Menurutnya, anak-anak yang berada di bawah jagaan bekas isterinya sering minta dibelikan makanan mahal dan sedap namun dalam masa sama bekas isterinya turut membuat pesanan untuk dirinya sendiri."Masalahnya bila anak-anak minta makanan sedap-sedap, bekas isteri tumpang kirim untuk dia sekali. Ada kalanya bekas isteri guna nama anak sebagai alasan belikan untuk dia. Menguruskan anak selepas penceraian ibu bapa bukan satu hal yang mudah. -Gambar hiasan AI"Saya tak kisah cuma kadang-kadang dia nak makanan yang bagi saya mahal-mahal harganya," ujar lelaki berkenaan dalam hantaran di sebuah grup Facebook.Difahamkan, lelaki itu memperuntukkan kira-kira RM2,000 sebulan sebagai nafkah untuk dua anak hasil perkahwinan mereka terdahulu."Saya dah bagi duit nafkah pada bekas isteri... cuma bab makan ni, anak-anak akan minta pada saya. Jadi saya akan belikan. Tapi yang jadi masalah bila bekas isteri tumpang sekali," katanya lagi.Luahan itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan pendapat mereka susulan perkongsian dibuat.ARTIKEL BERKAITAN: Benci ‘sejarah’ dengan bekas isteri, bapa tergamak panggil zuriat sendiri anak haram! Nak bagi nafkah RM50 sebulanARTIKEL BERKAITAN: Dah 12 tahun cerai, suami masih patuh kepada bekas isteri! Potong nafkah bini baharu, beri lebih kepada anak perkahwinan pertamaRata-ratanya menasihati agar dia tidak terlalu berkira memandangkan bekas isterinya memikul tanggungjawab membesarkan anak-anak."Itu upah penat lelah bekas isteri jaga anak-anak awak."Biarlah dia makan sekali sekala. Apa salahnya... itu kan mak dia (anak-anak) juga. Jangan berkira."Kau tak akan pernah dapat bayar jasa bekas isteri sebab lahirkan anak-anak kau macam mana kau tak mampu balas jasa mak lahirkan kau.Lelaki rasa tidak puas hati apabila bekas isteri didakwa kerap tumpang permintaan makanan anak-anak.Dia mendakwa bekas isteri menggunakan alasan anak untuk membeli makanan mahal bagi dirinya.Lelaki itu memaklumkan sudah memberi kira-kira RM2,000 sebulan sebagai nafkah anak.Netizen menasihatinya agar tidak terlalu berkira kerana bekas isteri membesarkan anak-anak.Dia mendedahkan penceraian berlaku kerana bekas isteri didakwa bersikap kurang ajar dan suka melawan cakap.Ringkasan ini dijana oleh AI"Selagi isteri kau tu tak kahwin semula, anggap je la sedekah dan 'nafkah' sebagai kenang jasa. Kalau kau nak marah sangat, tanya bekas isteri betul ke dia minta," komen beberapa netizen.Menjawab salah satu komen tersebut, lelaki berkenaan turut mendedahkan bahawa punca penceraian mereka adalah disebabkan sikap bekas isterinya yang didakwa kurang ajar dan sering melawan cakapnya."Mak aku lain... Memang aku tak mampu balas jasa mak aku. Bekas isteri lain pula. Dia bukan mak aku. Bukan tugas aku balas jasa dia. Anak aku yang perlu balas jasa dia (bekas isteri)."Lebih baik aku bagi isteri (pasangan baharu) aku yang makan," katanya membalas beberapa komen netizen.