suria

Guru kantoi check-in hotel dengan skandal, adik ipar bertindak luar jangka lepas ditawar 'rasuah' supaya tutup mulut

Hotel menjadi lokasi untuk segelintir individu melakukan maksiat. -Gambar hiasan AI

SEORANG pekerja hotel meraih perhatian netizen selepas berkongsi kisah kecurangan abang iparnya.

Dalam hantaran di laman X, dia mendakwa abang iparnya datang ke hotel itu dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

"Satu hari, ada seorang lelaki bawa perempuan. Aku tengok dia, dia tengok aku. Laki tu abang ipar aku sendiri. 

Pekerja hotel pastinya sudah biasa berdepan dengan pelbagai jenis pelanggan. -Gambar hiasan AI

"Yang perempuan dia bawa tu bukan kakak aku. Mereka berpegangan tangan. Sah-sah datang nak check in," tulisnya memulakan cerita.

Menurut individu itu, abang iparnya terpaksa berlaku jujur, namun memintanya agar merahsiakan perkara itu.

Di sebalik tawaran wang, dia tetap menghubungi pihak berkuasa agama serta memaklumkan kepada kakaknya mengenai kejadian itu.

  • Pekerja hotel dakwa abang iparnya kantoi daftar masuk dengan seorang wanita.
  • Abang iparnya memberi tawaran wang agar dia merahsiakan perbuatan itu.
  • Di sebalik tawaran wang, pekerja hotel itu tetap menghubungi jabatan agama dan kakaknya.
  • Netizen puji sikap individu itu yang tidak mudah terpedaya dengan tawaran wang.

"Abang ipar ajak borak, dia deal supaya jangan beritahu kakak, nanti dia transfer duit. Aku cakap ya, tapi bila dia naik ke bilik, aku hubungi pejabat agama.

"Aku juga hubungi kakak minta dia datang. Abang ipar salahkan aku sebab pecah belahkan keluarga. Abang ipar aku ni kerja cikgu.

"Mampuslah dia kena tindakan tatatertib sebab kakak aku buat laporan dekat jabatan. Ayah aku siap nak sponsor duit untuk fight di mahkamah," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru nak merasa ‘check in’ hotel 5 bintang, ‘bestie’ buat perangai malu tak bertempat... Rendah diri pandu Perodua, tak bagi ‘bellman’ tip

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘check in’ hotel tak boleh pejam mata, pengantin bilik sebelah sedang bulan madu rancak ‘mendayung’ waktu malam!

Di ruangan komen, pelayar X memuji tindakan individu itu yang tidak terpedaya dengan tawaran duit abang iparnya.

"Bagus, kau selamatkan kakak kau daripada jantan kaki perempuan tak guna.

"Tahniah, jangan bersubahat dengan maksiat. Lagi-lagi mangsa tu keluarga kita sendiri," tulis netizen.

Artikel Lain

Rezeki Iskandar Ismail juara GV12