suria

Baru nak merasa ‘check in’ hotel 5 bintang, ‘bestie’ buat perangai malu tak bertempat... Rendah diri pandu Perodua, tak bagi ‘bellman’ tip

Bercuti bersama rakan baik dapat mengeratkan lagi ikatan persahabatan. -Gambar hiasan

MENGINAP di hotel lima bintang sering dianggap sebagai ganjaran istimewa, lebih-lebih lagi bagi mereka yang jarang berpeluang menikmati kemewahan sedemikian. 

Bagi sekumpulan wanita, impian itu menjadi kenyataan apabila mereka bersama-sama merancang percutian singkat dan berkongsi kos untuk menikmati pengalaman satu malam di sebuah hotel mewah.

Namun, suasana gembira bercampur teruja itu bertukar janggal apabila salah seorang daripada mereka mula menunjukkan sikap yang tidak dijangka.

Bercuti merupakan antara cara untuk menenangkan fikiran. -Gambar hiasan

"Baru-baru ni saya ada pergi menginap dekat satu hotel lima bintang. Pergi berempat dengan kawan-kawan, kongsi duit untuk satu bilik. 

"Kami ni bukan jenis mampu, cuma nak merasa. Tapi lepas sampai sana, seorang daripada kawan saya ni asyik cakap banyak kali, malu la... malu laa. 

"Mula daripada bellman tu sambut kami, bawakan barang guna troli, sampai bukakan pintu bilik, dia menyorok-nyorok dan cakap malu," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial. 

Menurut individu itu, dia serta dua yang lain hairan apabila seorang rakan mereka menunjukkan sikap sedemikian dan bertanya kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita senyum pun dia sakit hati” - Pemuda kongsi perangai buruk joykiller, tengok orang lain bahagia diri sendiri rasa ‘panas’

ARTIKEL BERKAITAN: Gembira langsai ‘loan’ kereta Saga, saudara ‘potong mood’ perlekeh pencapaian - “Macam habis hutang Alphard”

Rupa-rupanya, rakan berkenaan mengakui berasa terlalu rendah diri dan seolah-olah tidak layak menginap di hotel mewah tersebut.

"Dia cakap malu sebab naik Perodua je, kereta orang lain semua mahal-mahal. Malu sebab bawa bekal siap-siap, patutnya try room service. Kemudian malu sebab tak bagi tips dekat bellman tu," tulisnya lagi.

Tambahnya lagi, jawapan berkenaan membuatkan mereka bertiga tergamam apatah lagi rakan mereka itu tidak membantah dan bersetuju ketika rancangan percutian berkenaan dibincangkan sebelum ini. 

  • Seorang wanita bersama tiga rakannya berkongsi kos menginap satu malam di hotel lima bintang sebagai ganjaran diri.

  • Bagaimanapun seorang rakan mereka menunjukkan rasa malu berlebihan sejak tiba di hotel, walaupun sudah bersetuju awal.

  • Menurut rakannya, dia malu kerana memandu kereta tempatan, selain membawa bekal makanan sendiri dari rumah.

  • Netizen dan bekas pekerja hotel menegaskan layanan hotel sama untuk semua tetamu tanpa mengira latar belakang.

  • Ada yang mencadangkan supaya rakan yang ‘malu tak bertempat’ itu tidak diajak lagi kerana merosakkan suasana.

"Jadi saya nak tanya yang pernah kerja hotel lima bintang atau sedang kerja, betul ke tetamu macam kami ni memalukan?" tulisnya lagi sambil meminta pandangan warga maya. 

Di ruangan komen, pelbagai pendapat diberikan netizen, termasuk mereka yang mempunyai pengalaman bekerja dalam industri perhotelan. 

"Kerja di Hotel Marriot sebagai front desk, dan nak nak cakap, tiada siapa kisah pun dik. Bellman pun tak mengharapkan tips sangat sebab masing-masing ada gaji. 

"Dalam dunia hospitaliti, setiap orang adalah VIP. Ia adalah wang anda, belanjakannya mengikut apa yang anda mahukan.

"Staf hotel pun tiada masa nak periksa awak memandu kereta apa," tulis netizen.

Sebahagian daripada komen netizen.

Dalam pada itu, tidak kurang juga yang berpandangan individu sedemikian tidak sewajarnya diajak untuk turut serta kerana hanya merosakkan mood percutian.

"Boleh dah kot blacklist kawan awak daripada join trip seterusnya.

"Merimaskan la kawan awak ni... joykiller. Suruh dia diam," demikian komen mereka.

Artikel Lain