SEMUA anak tidak akan pernah bersedia untuk kehilangan ibu bapa mereka buat selama-lamanya.
Kehilangan itu pastinya lebih sukar bagi anak kecil kerana mereka masih bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.
Di Thread, seorang guru tular selepas berkongsi kisah muridnya yang baru kehilangan ibu tercinta pada 17 Ogos lalu.

Pemergian ibu bapa memberi kesan besar terhadap anak-anak. -Gambar hiasan
"Ahad minggu ni, ada ibu murid darjah 1 meninggal lepas terlibat kemalangan pada minggu sebelumnya. Seminggu dalam unit rawatan rapi (ICU).
"Hari ni dia dah datang sekolah... baju berkedut, tudung senget. Masih tersenyum, senyap buat kerja macam selalu," kongsi guru itu.
Menurut guru berkenaan lagi, dia sedih melihat keadaan murid itu serta abangnya yang agak tidak terurus selepas ketiadaan ibu mereka.
- Guru cerita muridnya yang baru kehilangan ibu.
- Ibunya meninggal selepas seminggu dirawat di ICU.
- Murid itu nampak tak terurus selepas pemergian ibunya.
- Guru pesan supaya rakan sekelas bantu murid itu.
- Ramai netizen luah rasa sedih selepas kisah itu tular di Thread.
Namun, dia juga terharu melihat rakan-rakan sekelas yang lain melayan kanak-kanak itu dengan baik selepas dia kembali ke sekolah.
"Sedihnya. Sebelum ni saya dah pesan dengan kawan-kawan dia yang lain, kalau dia datang, jangan tinggal dia. Sentiasa teman dia.
"Rakan sekelas pun baik, pegang tangan pergi kantin. Sampai sekarang ingat dia, cikgu yang teriak.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayah sempat mesin rumput keliling rumah, cerita mimpi pergi pulau... Anak tak sangka rupanya petunjuk nak ‘pergi’ selamanya
ARTIKEL BERKAITAN: Adik beradik yatim piatu hidup terabai sejak kecil, kebajikan tak dijaga... Dah besar, pakcik muncul tuntut duit poket
"Si abangnya darjah 3. Tak pernahlah baju dia kedut atau tak kemas. Cikgu pun pakat sedih tengok hari ni selekeh macam tu," tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap dua murid itu yang kehilangan ibu pada usia cukup muda.
Malah, beberapa individu di ruangan komen turut meluahkan rasa bimbang sekiranya mereka meninggal dunia ketika anak-anak masih kecil.

Biasanya ibu yang akan mempersiapkan anak untuk ke sekolah. -Gambar hiasan
"Saya ada penyakit kronik dan inilah ketakutan terbesar saya. Saya tak takut mati, tapi takut tinggalkan anak-anak.
"Saya dulu umur 11 tahun dah tak ada mak. Peritlah juga hidup, sentiasa kena berdikari.
"Menangis aku baca. Aku yang dah tua bangka pun tak boleh hidup tanpa mak ayah," tulis netizen.


