suria

Ayah sempat mesin rumput keliling rumah, cerita mimpi pergi pulau... Anak tak sangka rupanya petunjuk nak ‘pergi’ selamanya

Setiap anak pastinya tidak bersedia untuk berdepan kematian orang tua mereka. -Gambar hiasan

KEHILANGAN orang yang kita sayang seperti ibu bapa adalah perkara paling sukar dalam hidup.

Kadang-kala kita dapat menjangka saat kematian mereka melalui beberapa tanda tertentu.

Di Thread, seorang wanita dikenali sebagai Tinie Amzah berkongsi tentang tanda-tanda yang ditunjukkan oleh arwah bapanya.

People cleaning up grave of their love ones at Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur. Muslims in Malaysia will observe the Ramadhan or fasting month on Monday, May 6, 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Tanda-tanda kematian itu biasanya hanya disedari selepas seseorang meninggal dunia. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, bapanya, Hamzah Mohd Nordin didatangi mimpi indah, sehari sebelum kematiannya.

"Teringat malam sebelum abah aku meninggal. Dia cerita dekat abang aku. Dia tertidur kejap je, lepas tu mimpi dia duduk di satu pulau.

"Cantik sangat, air laut jernih, pasir memutih dan penghuni kat pulau tu semua muka bercahaya. Dia kata seronok duduk dekat situ.

  • Wanita dedah bapanya alami mimpi indah sehari sebelum meninggal dunia.
  • Arwah bapa bermimpi dia tinggal di sebuah pulau indah.
  • Arwah bapanya juga membersihkan kawasan rumah seminggu sebelum pemergiannya.
  • Arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
  • Wajah arwah nampak seperti sedang tidur sahaja.

"Pagi esoknya dalam pukul 7 pagi, abah aku kemalangan lepas hantar adik aku pergi sekolah," kongsinya.

Tambahnya lagi, bapanya juga tersenyum sambil bercerita tentang mimpi itu beberapa jam sebelum pemergiannya.

Antara tanda lain, bapanya juga membersihkan kawasan sekeliling rumah sebagai persediaan untuk menerima tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah arwah abang berubah, kulit hitam manis bertukar putih berseri selepas dimandikan... Adik kongsi amalan soleh ketika hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Orang sakit tenat tiba-tiba sihat, tak lama kemudian terus meninggal

"Lagi satu, abah aku jenis pendiam, jarang bercerita pasal mimpi. Tu yang rasa tak sedap hati bila dia tiba-tiba cerita pasal mimpi. Rupa-rupanya tu salah satu tanda abah nak pergi.

"Seminggu sebelum tu, abah aku cakap dia nak mesin rumput keliling rumah sebab dia kata nanti ramai orang nak datang, rumah nampak bersih," tulisnya lagi.

Dalam hantaran sama, Tinie berkata jasad bapanya berada dalam keadaan baik walaupun arwah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Lantaran itu, dia seolah-oalh tidak percaya bapanya sudah pergi dan beranggapan seperti arwah sedang tidur sahaja.

Destiny Starting Point Welfare Association Klang....Sam Tham/Star Publication....

Pemergian ibu bapa tercinta memberi kesan mendalam terhadap anak-anak. -Gambar hiasan

"Muka abah aku tak ada sikit pun luka. Bersih je. Kecederaan teruk dekat kepala punca abah aku meninggal. Abah aku memang dah pejam mata tapi kami nampak dia macam tengah tidur.

"Itu sebabnya kami masih tak percaya abah dah tak ada. Sampai kami fikir abah tidur kejap je, nanti bangunlah. 

"Apabila tengok abah dimandikan, dikafankan, disolatkan, diusung dalam keranda, masuk dalam tanah kubur dan dibaca talkin baru kami sedar abah dah pergi jauh.

"Dah tak boleh dengar suara abah, senyuman abah. Semua hilang sekelip mata," imbasnya.

Artikel Lain