suria

Wanita resah BF suka cium tangan, pegang paha sambil memandu... Hati tak mahu, tapi takut nak tolak - “Aku risau terlanjur je”

Pasangan bercinta perlu jaga batas agar tidak terlanjur melakukan perkara haram. -Gambar hiasan

HUBUNGAN cinta bukanlah tiket untuk lelaki dan perempuan bebas bermesraan seperti pasangan yang sudah berkahwin.

Realitinya hari ini, segelintir pasangan kekasih tidak menjaga batas pergaulan walaupun sedar ia merupakan satu dosa.

Di laman X, seorang wanita turut berkongsi kisahnya yang kini dalam dilema kerana bercinta dengan lelaki 'terlebih' romantis.

close up couple hands man holding happy fiance hand with diamond engagement ring on her finger after wedding proposal at tropical beautiful and romantic spot proposing marriage

Segelintir wanita mendambakan lelaki yang romantis. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu dia tahu perbuatan tersebut salah, namun tidak mampu untuk menolak layanan mesra kekasihnya.

"Nak tahu pendapat orang. Teman lelaki aku pegang dan cium tangan aku masa memandu.

"Aku nak tahu, perempuan selalunya buat apa dengan tangan dia untuk elak teman lelaki pegang tangan?

  • Wanita bercinta dengan teman lelakinya selepas dua tahun berkawan.
  • Teman lelaki suka pegang dan cium tangannya ketika memandu.
  • Wanita itu buntu untuk menghalang sikap romantis kekasihnya.
  • Dia sebolehnya mahu jaga batas dalam hubungan.
  • Netizen pesan supaya jaga batas supaya tidak terlanjur buat benda haram.

"Memang orang bercinta macam ni ke? Aku kali pertama couple," tulis wanita itu.

Menurut wanita itu lagi, dia sebolehnya mahu menjaga batas kerana sayang dengan hubungan itu.

Malah, dia juga berhasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Habis waktu ofis, ‘jumpa’ kekasih gelap di ruang chat aplikasi jual beli pula! Acah nak bunuh diri lepas kantoi dengan bini

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga kekasih tolak pinangan, tak puas hati pemuda bawa rombongan meminang lebih 25 orang

"Aku kenal dengan dia dah dua tahun sebelum proceed couple. Masa kawan dulu ada juga pegang tangan sikit-sikit bila terdesak, tapi tak adalah cium tangan ke apa.

"Ni dah couple, jadi bodoh pula, tak tahu nak buat apa. Bukan apa, aku takut terlanjur je sebab sayang betul dengan dia. Nak kahwin dengan dia.

"Nak tahu rahsia anda bercinta lama tapi jaga batas. Ke normal bercinta dah pegang tangan, pegang paha ni? Ada ke yang couple tak pegang?" tulisnya lagi.

Wanita perlu tegas jika teman lelaki mula melakukan perkara yang bukan-bukan. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, beberapa netizen memberi nasihat kepada wanita itu agar menjauhi perbuatan yang melanggar syariat Islam.

"Kalau nak jaga batas, jangan kerap berjumpa dan keluar berdua. Apabila jarang jumpa, jaranglah buat dosa.

"Naifnya kamu. Sesetengah lelaki memang suka perempuan innocent macam ni. Hati-hati ya, jangan bodoh.

"Cakap terus terang je dengan dia. Kalau nak layan perangai lelaki ni, sampai atas katil la jawabnya," tulis netizen.

Artikel Lain