PERKONGSIAN di media sosial yang menyentuh tentang amalan baik dan keikhlasan hati dalam melakukan sesuatu sering mendapat perhatian ramai.
Seperti mana posting yang dikongsikan oleh Amirul Dharma, dia menceritakan bagaimana pencuci muka yang diwakafkan untuk kegunaan di surau membuka mata dan mindanya.
Katanya, ketika berada di surau untuk solat Zuhur, dia melihat seorang lelaki menggunakan pencuci muka itu dan sekali lagi melakukan perkara sama pada waktu Asar.

Ramai yang mencari pahala melalui infaq barangan di masjid atau surau. -Gambar hiasan
"Saya nampak ada pencuci muka wakaf dekat surau. Ramai orang biarkan je tapi ada seorang lelaki ini saya perasan waktu Zuhur tadi dia guna, Asar ni pun dia guna lagi.
"Saya pun tanya rajin betul basuh muka bang," tulisnya dalam perkongsian di Threads.
Namun jawapan yang diberikan oleh lelaki yang ditegur itu benar-benar membuatkan hatinya tersentuh.
ARTIKEL BERKAITAN: Mudir dedah pelajar tak guna pun al-Quran wakaf, di masjid pula dah banyak naskhah... Minta hati-hati pihak ‘jual’ nama pusat tahfiz
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda persoal peniaga buka tempahan makanan untuk infaq, anggap ‘jual’ agama - “Scammer paling susah nak kantoi”
Menurut Amirul, lelaki itu memberitahu bahawa dia melihat pencuci muka itu sebagai peluang untuk menyumbang pahala kepada mereka yang mewakafkan barang tersebut.
"Dia senyum, bukan rajin sangat pun. Saya guna ni sebab nak bagi pahala dekat orang yang infaq. Fuh deep (mendalam).
"Padahal cuma pencuci muka. Tapi dia pandang sebagai peluang buat kebaikan pada orang lain.
- Lelaki kongsi kisah di surau apabila terlihat seorang lelaki guna pencuci muka wakaf pada waktu Zuhur dan Asar.
- Individu itu beri alasan bukan kerana suka basuh muka tapi mahu beri pahala kepada pewakaf.
- Katanya, sekecil infaq pencuci muka pun boleh jadi asbab pahala berterusan.
- Malah dia turut ajak orang lain sama-sama guna supaya pemberi terus dapat ganjaran pahala.
- Netizen kagum dengan pemikiran itu, namun ada yang berpesan cuci muka sebaiknya dua kali sehari.
"Mindset (pemikiran) macam ni memang rare. Simple, tapi menyentuh hati," ujar Amirul lagi.
Malah, lelaki itu turut mengajaknya untuk sama-sama menggunakan pencuci muka itu agar si pewakaf tidak putus mendapat ganjaran kerana kebaikannya.
"Lepas tu dia kata, gunalah sekali... kita sama-sama jadi sebab orang yang wakaf ni dapat pahala," katanya lagi.

Komen netizen menerusi perkongsian di Threads Amirul.
Perkongsian tersebut ternyata meninggalkan kesan kepada orang ramai kerana pemikiran dan tindakan seperti lelaki itu disifatkan amat jarang ditemui.
"La baru tahu itu infaq. Ingatkan staf beli belah situ punya.
"Kita boleh juga lekatkan surah-surah pendek, doa-doa atau niat solat jamak yang dicetak. Orang baca kita dapat pahala.
"Tapi cuci muka guna pencuci muka sebaiknya cuma dua kali sehari. Takut nanti muka jadi bertambah kering atau bertambah berminyak. Maaf lari topik," komen beberapa netizen.


