BAGI sesetengah individu, walaupun ikatan perkahwinan dengan pasangan sudah lama terlerai, namun masih sukar untuk benar-benar 'move on' mungkin disebabkan perasaan sayang masih wujud.
Seperti mana situasi yang dikongsikan oleh wanita ini, bekas suaminya seolah-olah tidak tahu batas walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri.
Menerusi satu hantaran di laman sosial, wanita itu mendakwa bekas suami sering bertindak seolah-olah rumah yang kini didiaminya seperti rumah kelamin mereka.
Selepas talak, hubungan mahram tidak lagi wujud dan setiap pihak perlu tahu had dalam berinteraksi. -Gambar hiasan
"Ex-husband bila hantar anak balik dari sekolah, akan makan nasi di rumah. Untuk pengetahuan, aku memang tak ada la masa tu dekat rumah.
"Dia kalau aku ada, memang tak ada chance nak masuk sebab bukan muhrim kan," tulisnya pada hantaran berkenaan.
Katanya, apa yang lebih menghairankan, rumah keluarga mentua baharu bekas suaminya itu terletak berdekatan, namun lelaki tersebut tetap memilih rumahnya untuk mengisi perut.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah jadi isteri duda kaya! Ex-wife suami ‘ghaib’ 5 tahun tiba-tiba muncul berbaik dengan mentua, siap bawa jalan-jalan
ARTIKEL BERKAITAN: Janda jejak ex-BF lepas kematian suami... Cinta 20 tahun lalu berputik semula, minta ruang jadi bini kedua
"Siap goreng telur dekat rumah aku lagi... apa cerita? Rumah mentua baru tak dapat nak goreng telur ke? Depa (mereka) tak ada kuali ke?
"Anak sondol laki orang tapi minta hantaran ribu-ribu tak kan tak dapat layan menantu," luahnya dalam nada sinis.
Tambahnya lagi, isteri baharu lelaki itu bekerja jauh dan mereka menjalani hubungan jarak jauh (PJJ), namun tegasnya, itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk bekas suami terus melanggar adab dan sempadan yang sepatutnya dijaga selepas penceraian.
Seorang wanita tidak puas hati bekas suami masuk rumahnya tanpa izin dan makan seperti rumah sendiri.
Dia pelik kerana rumah mentua baharu lelaki itu berdekatan, tapi bekas suami tetap datang ke rumahnya.
Dia turut dedah kisah kecurangan bekas suami yang jadi punca keruntuhan rumah tangga mereka.
Bekas suami kini dah berkahwin lain, tapi masih tak hormat batasan selepas bercerai.
Netizen saran wanita itu bertegas kerana bekas suami dianggap seperti mengambil kesempatan.
Wanita itu turut mendedahkan kisah di sebalik keruntuhan rumah tangga mereka, termasuk pengorbanan keluarga dan kecurangan yang berlaku selepas pemergian bapanya.
"Aku dulu tak ada hantaran, arwah bapa aku tak minta duit pun asal kau jaga anak dia baik-baik sampai hujung nyawa. Tapi lepas arwah meninggal, kau mula pasang skandal sana sini," tulisnya.
Lebih menyakitkan hati, katanya, selepas semua yang berlaku, bekas suami kini masih tanpa segan silu datang ke rumah dan makan di situ.

Sebahagian daripada reaksi warga maya terhadap perkongsian berkenaan.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan supaya wanita itu bertegas dan tidak 'memberi muka' kerana tindakan bekas suaminya jelas menunjukkan tiada rasa hormat terhadap sempadan yang sepatutnya wujud selepas penceraian.
"Text bini baru, 'kutip' laki awak ni... makan tak cukup ke sampai makan dekat rumah orang tanpa izin.
"Saya rasa dia nak feel satu family macam dulu balik. Masak, makan dekat rumah awak. Tapi nak buat depan-depan tak berani.
"Mesti dia menyesal ceraikan awak. Dia rindu la tu nak makan masakan awak," demikian antara komen netizen.


